Penyokong bola sepak Vietnam meraikan kejayaan skuad B-23 negara mereka melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan AFC B-23 di China seolah-olah negara berkenaan sudah berjaya melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia.
Beberapa pelancong warga asing di beberapa bandar utama Vietnam seperti di Hanoi dan Ho Chi Minh dan Saigon terkejut melihat lautan manusia berpakaian serba merah membanjiri jalan raya sambil mengibarkan bendera Vietnam.
Vũ Văn Thanh’s penalty just blew the roof off of Vietnam! Bike horns are honking and thousands of fans have hit the streets to celebrate here in Hanoi! ?? #AFCU23 @theafcdotcom #vietfootball pic.twitter.com/dUSCwX9HYR
— Vietnam football (@soccervietnam) January 23, 2018
Vietnam mengesahkan tempat di perlawanan akhir kejohanan AFC B-23 selepas menewaskan Qatar 4-3 melalui penentuan sepakan penalti. Masa sebenar 90 minit perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Situasi yang sama juga dilihat ketika mereka mengesahkan tempat di separuh akhir kejohanan ini.
Pelancong yang kehairanan selepas mengetahui sebab penduduk Vietnam meraikan kejayaan pasukan B-23 ke aksi final berpendapat, ia mungkin sesuatu yang terlalu awal untuk diraikan.
Bukankah lebih sesuai jika ia diraikan sedemikian rupa jika berjaya membawa trofi kejuaraan?
Scenes at Hanoi’s Hang Day stadium where 1000s fans have gathered to watch on a big screen. #AFCU23 #itmatters pic.twitter.com/MRa2Lfchyx
— Vietnam football (@soccervietnam) January 23, 2018
Namun jika kita melihat kembali sejarah dan perkembangan bola sepak Vietnam sepanjang beberapa dekad yang lalu, maka kita boleh memahami perasaan dan tindakan penyokong mereka.
Malah jika skuad negara berjaya menundukkan Korea Selatan di aksi suku akhir dan melangkah ke perlawanan akhir seperti mana Vietnam, kami pun pasti rakyat Malaysia akan turut bersorak meraikan kejayaan skuad negara.
Salah seorang pembaca kami, Ariff Hashim sempat merakamkan sepintas lalu kemeriahan penduduk Vietnam meraikan kemaraan skuad B-23 mereka ke perlawanan akhir.
Rakaman tersebut diambil daripada sebuah bangunan sebaik sahaja Vu Van Thanh menjaringkan penalti terakhir bagi memastikan slot ke perlawanan akhir bagi Vietnam
Buat Vietnam, kami mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas!