Percubaan ‘Ejen Drogba’ Bawa Ronaldo Masuk Chelsea Undang Keterujaan Penyokong

Didier Drogba seolah-olah memberi bayangan yang Cristiano Ronaldo sememangnya bakal ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan musim panas ini.

Legenda Chelsea itu berkongsi gambar beliau bersama Cristiano Ronaldo di story Instagram miliknya dan para peminat jelas sekali begitu teruja melihat hal tersebut.

Sebaik melihat muat naik dari legenda Premier League itu, para peminat semakin percaya dengan spekulasi yang mengaitkan Ronaldo bakal ke Stamford Bridge itu.

Cristiano Ronaldo baru-baru ini telah mencetuskan sensasi di internet selepas beliau memberitahu pihak kelab yang beliau mahu meninggalkan kelab.

Dek kerana merasakan kelab tidak bercita-cita tinggi dan tidak beraksi dalam saingan Champions League, Ronaldo telah menyampaikan hasratnya untuk pergi itu kepada pimpinan kelab.

Legenda Portugal itu mendedahkan yang beliau berharap pihak kelab akan melepaskannya andai ada kelab lain yang berminat mahu mendapatkan khidmat beliau.

Cristiano Ronaldo sebelum ini dikaitkan dengan bakal menyertai Bayern Munich, namun hal itu telah dinafikan sendiri oleh sporting director gergasi Bundesliga itu.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes juga dilaporkan sudah mengadakan perjumpaan dengan pemilik baru Chelsea dan mengadakan rundingan berkait urusan perpindahan Cristiano Ronaldo.

Hal tersebut pada awalnya dianggap sekadar khabar angin biasa-biasa sahaja, namun selepas melihat muat naik terbaru Drogba, para penyokong Chelsea sepertinya semakin teruja.

Penyokong Chelsea teruja melihat usaha ejen Drogba memancing Ronaldo

Tak ada angin, tak ada ribut, Drogba dengan tiba-tiba berkongsi gambar beliau bersama Ronaldo di laman instagram miliknya.

Kedua-dua mereka pada ketika itu sedang beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing dengan mereka dilihat sangat mesra.

Melihat kepada muat naik Drogba itu, para peminat percaya ia merupakan salah satu usaha yang ditunjukkan oleh legenda kelab itu, untuk memancing Ronaldo agar ke Stamford Bridge.

Cara halus yang digunakan oleh Didier Drogba itu jelas sekali berjaya membangkitkan keterujaan para peminat, dengan penyokong Chelsea pada ketika ini merasa sangat yakin yang bintang Portugal itu akan ke Stamford Bridge.

Walau bagaimanapun, memandangkan Chelsea hanya akan membeli pemain yang dikehendaki oleh Thomas Tuchel sahaja, agak sukar sebenarnya untuk meramal adakah mereka akan berminat atau tidak untuk mendapatkan Ronaldo.

Seandainya The Blues benar-benar berusaha mendapatkan legenda Portugal itu, ia jelas sekali satu penambahan yang sangat sempurna untuk skuad kendalian Thomas Tuchel itu.

Adakah usaha Drogba akan membuahkan hasil? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN