Berkat Keluhan Ronaldo, Jendela Perpindahan Man United Terus Meriah

Berkat keluhan Cristiano Ronaldo yang mengugut mahu meninggalkan kelab, jendela perpindahan Man United pada ketika ini dilihat semakin rancak dan meriah.

Cristiano Ronaldo baru-baru ini telah mencetuskan sensasi di internet selepas beliau meminta agar pihak kelab melepaskannya.

Bintang Portugal itu dikatakan mendesak pihak kelab untuk melepaskan beliau seandainya ada kelab yang tampil menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Ronaldo tak gembira Man United tak aktif dalam pasaran pemain

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dikatakan tidak gembira melihat situasi semasa Man United dengan beliau turut menganggap skuad The Red Devils itu sebagai kelab yang tidak mempunyai cita-cita.

Kesenduan Man United dalam pasaran pemain dikatakan menjadi faktor utama mengapa Ronaldo sangat tidak gembira.

Legenda terhebat sepanjang zaman kelab itu turut mendedahkan yang beliau percaya Man United pada ketika ini sepatutnya menandatangani sekurang-kurangnya tujuh pemain untuk menghadapi musim baru nanti.

Walau bagaimanapun, ketika Ronaldo mengeluarkan kenyataan tersebut, pihak kelab sebenarnya langsung tidak aktif dalam pasaran pemain.

Mereka pada ketika itu sekadar memberi tumpuan kepada Frenkie de Jong sahaja hingga menyebabkan ramai peminat mulai merasa bimbang.

Jendela perpindahan Man United terus meriah selepas ditegur Ronaldo

Selepas bintang Portugal itu mengeluarkan kenyataan tersebut, jendela perpindahan Man United dilihat terus meriah dan sangat aktif.

Mungkin bimbang pemain terbaik mereka itu benar-benar meninggalkan kelab, maka Man United segera melakukan sesuatu dan ia seolah-olah mahu buktikan kepada Ronaldo yang mereka tak tidor.

Jendela perpindahan pemain Man United terus meriah dengan skuad kendalian Erik ten Hag itu baru sahaja selesai melengkapkan urusan perpindahan Tyrell Malacia dari Feyenoord.

Bukan itu saja, Man United juga pada ketika ini semakin hampir pasti akan mendapatkan khidmat pemain bebas ejen, Christian Eriksen.

Apa yang menariknya lagi, kem Manchester United pada ketika ini sudah tidak lagi terlalu membuang masa menunggu De Jong seorang sahaja.

Ia merupakan satu perkembangan yang sangat positif ditunjukkan oleh skuad Manchester United pada ketika ini.

Man United tetap berpotensi kehilangan Ronaldo

Walau bagaimanapun, Man United sebenarnya tetap berpotensi untuk kehilangan Cristiano Ronaldo, selepas melihat bintang Portugal itu sangat terdesak mahu meninggalkan kelab.

Selain tak gembira melihat situasi kelab, Ronaldo juga dilaporkan mahu meninggalkan Old Trafford kerana beliau mahu beraksi di pentas saingan Champions League.

Ronaldo percaya yang beliau masih mampu untuk kekal bermain di pentas utama untuk tempoh tiga ke empat tahun mendatang lagi.

Beliau dilaporkan berhasrat mahu menghabiskan sisa-sisa kariernya dengan beraksi di pentas saingan Champions League.

Sehingga kini, hal melibatkan masa depan beliau masih belum ada kata putus dan ketika artikel ini ditulis, Ronaldo masih kekal sebagai pemain Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN