Perbincangan Netizen, Mana Yang Dulu Antara Stadium Penuh Atau ‘Broadcasting’

stadium penuh atau broadcasting tv

Alfadli Awaludin atau dikenali sebagai anakmemberontak di Twitter melemparkan persoalan mengenai mana yang datang dulu, stadium penuh atau ‘broadcasting’?

Adakah kedua-duanya berasingan atau perlu seiring dalam konteks kita di Malaysia? Kita tidak boleh mengikut acuan liga Asia lain atau Eropah kerana ianya mungkin sedikit berbeza dari segi demografi. Jadi, bagaimana kita mahu menjawab kepada soalan ini supaya ia dapat memberi gambaran jelas, mana yang datang dahulu?

Respon netizen kepada persoalan tersebut

Beliau dilihat meminta pandangan daripada warga Twitter mengenai isu tersebut dan terbuka kepada sesiapa yang mahu berkongsi mengenai pandangan mereka dan akan saling berbalas komentar. Dapat dilihat, banyak pandangan sudah diberikan.

Antara yang menarik perhatian adalah daripada pengguna Twitter, EjattIsHere yang menegaskan, baginya, di Asia, ‘broadcasting’ atau siaran langsung yang perlu datang dahulu dan memberi contoh J-League dan Liga 1 Indonesia, di mana stadium tidak sentiasa penuh tetapi sekiranya ada siaran langsung, ia meningkatkan hasil buat kelab.

Katanya yang menegaskan stadium di Asia dan Malaysia sukar untuk penuh, “Bagi aku, advertising and promotion yang berterusan dapat menarik fans ke stadium. Dan takde medium yang betul-betul berkesan kecuali media elektronik (TV dan internet).”

Jika begitu, berapa pula agaknya angka kehadiran penyokong yang diperlukan bagi menjana pendapat buat pasukan? Jawabnya, “Bergantung pada kelab dan liga. Berapa bajet dia setahun? Gaji player? Maintenance stadium dan pusat latihan serta lain-lain. Team macam JDT mesti kena lebih, team macam UiTM FC mungkin kurang.”

Bagaimana untuk mengetahui data sebegitu, menurutnya hanya pasukan-pasukan sahaja yang mengetahuinya. Kita para penyokong tidak ‘dibentangkan’ mengenai hasil pendapatan pasukan datang daripada mana, satu yang sepatutnya kita dimaklumkan.

J-League bentang hasil pendapatan pasukan

Semalam, VocketFC ada mengeluarkan artikel mengenai hasil pendapatan pasukan-pasukan yang bertanding di J-League. Jumlah keseluruhan pendapatan mereka pada 2019 bernilai RM 2.48 bilion! Bagaimana mereka boleh tahu tentang semua ini?

Sebagaimana semua maklum, saban tahun di J-League, kelab bertanding atau penganjur liga akan mengeluarkan laporan kewangan secara rasmi untuk tatapan para penyokong dan mungkin juga penaja yang berminat. Data sebegini amat bernilai.

Daripada laporan tersebut, dapat dilihat yang penajaan mendatangkan hampir separuh daripada pendapatan pasukan. iaitu RM1.55 bilion. Yang kedua adalah pendapatan daripada hasil jualan tiket pada hari perlawanan iaitu sebanyak RM651 juta.

Daripada 18 pasukan bertanding, jika dilihat dari sudut untung dan rugi, tujuh kelab merekodkan kerugian sementara baki 11 pasukan lagi meraih keuntungan dengan Kawasaki Frontale muncul sebagai kelab paling menguntungkan pada tahun itu.

Pendapatan bersih mereka selepas ditolak perbelanjaan pasukan dan juga cukai adalah RM21.94 juta! Jadi, mungkin boleh dikaji bagaimana mereka lakukannya. Adakah stadium di J-League sentiasa penuh? Jawapannya ada diberikan awal tadi.

Dan jika tidak sentiasa penuh, bagaimana mereka dapat menjana pendapatan kedua terbanyak menerusi hasil kutipan jualan tiket pada hari perlawanan? Mungkinkah siaran langsung di kaca TV turut memberikan tambah nilai kepadanya?

Bagaimana untuk situasi di Malaysia?

Jadi, untuk pasukan penuhkan stadium adalah sesuatu yang mustahil bagi menjana pendapatan pasukan. Penyokong akan memilih perlawanan-perlawanan tertentu untuk hadir ke stadium dan begitu jugalah syarikat yang membuat siaran langsung di kaca tv.

Mereka juga memiliki penilaian tersendiri untuk menyiarkan satu-satu perlawanan. Di Malaysia mungkin faktor yang boleh mereka pertimbangkan adalah tarikan kepada perlawanan tersebut seperti persaingan hebat antara kedua-dua pasukan, sejarah permusuhan seperti derbi Pantai Timur, derbi Utara atau sebagainya.

Menurut wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani yang turut memberikan respon kepada persoalan anakmemberontak tersebut, “Kena seiring [stadium penuh dan siaran langsung]. Tanggungjawab pengelola memastikan liga disiarkan untuk pelbagai tujuan yang akan memastikan sumber kewangan buat pasukan.”

“Tanggungjawab pasukan memastikan team perform, team menang, fans datang stadium, sekalipun ada siaran langsung,” jelasnya dan turut menegaskan yang penyokong perlulah mendukung pasukan dengan membeli pas bermusim selain pergi ke stadium bukan kerana prestasi dan ‘broadcasting’ adalah tambah nilai buat penyokong.

Adakah kedua-duanya memang perlu seiring? Rasanya mungkin ada kebenaran kepada kenyataan Shahrazad Sani. Menurut satu kajian di Premier League sekitar musim 2004 hingga 2008, kehadiran di stadium tidak terjejas sepenuhnya.

Akan berlaku sedikit pengurangan kehadiran penyokong ke stadium (tidak sampai 20 peratus) jika ianya disiarkan secara langsung. Tetapi hasil daripada siaran langsung itu akan kembali didapati oleh pasukan dan ianya lebih daripada hasil kutipan tiket.

Justeru itu, mana yang datang dahulu menurut pandangan para pembaca pula? Adakah ianya seiring atau adakah ianya berasingan, ada siaran langsung dan hak penyiaran tapi stadium kosong atau stadium perlu penuh dahulu, baru datang hak penyiaran dan siaran langsung? Dengan situasi COVID-19 kini, bagaimana pula?

FOTO: CATHERINE IVILL/GETTY IMAGES

Baca lagi artikel lain mengenai penyokong, stadium dan Liga Malaysia:

Analisis: 1.6 Juta Penyokong Turun Stadium Saksikan Liga Malaysia 2019

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

8 Pemain Dari Tanah Kelahiran Maradona Yang Pernah Menyarung Jersi JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN