Kisah Sir Alex Tampil Dalam Rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ Yang Beliau Sesali

Sir Alex Ferguson tidak mempunyai banyak penyesalan sepanjang karier sebagai pengurus setelah memenangi deretan trofi bersama Manchester United.

Jika ada penyesalan sepanjang bersama United, ia adalah apabila Ferguson tampil dalam rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ 16 tahun yang lalu bersama seorang pengacara TV dan juga penyokong United, Eamonn Holmes.

Sebenarnya Ferguson beraksi dengan baik dalam rancangan yang dikhususkan untuk selebriti ada 2004 itu. Beliau berjaya menjawab beberapa soalan sehinggalah soalan bernilai £64,000 tiba.

Pengacara rancangan, Chris Tarrant bertanya nama haiwan peliharaan Tom dan Barbara dalam sitcom The Good Life.

Sibuk dengan bola sepak, Ferguson jelas tidak pernah menonton rancangan tersebut. Sudah tentu beliau juga tidak tahu jawapannya.

Disebabkan tidak mengetahui jawapan, Ferguson menggunakan talian hayat untuk menghubungi bekas penyerang pasukannya, Brian McClair.

Malangnya McClair pun tidak tahu jawapannya, menyebabkan Ferguson terpaksa menggunakan pilihan 50-50 dan memberikan jawapan yang salah.

Walaupun sudah memiliki 13 kejuaraan Premier League sepanjang kariernya bersama United, Ferguson nyata tidak akan melupakan detik mengecewakan itu,

“Saya bersama dengan Eamonn Holmes pada 2004 dan menghubungi Brian McClair- tetapi dia pun tak boleh pakai!” kata Sir Alex kepada majalah rasmi Mancheter United.

“Kami diminta untuk memberikan nama seekor ayam jantan dalam rancangan The Good Life. Saya tidak pernah menyaksikan rancangan tersebut, tetapi pilihan jawapannya adalah Stalin, Trotsky, Lenin dan Rasputin.

“Kami sedang menuju hadiah £64,000, dan bertanya kepada penonton. Malangnya tiada jawapan kukuh. Saya kemudiannya hubungi Brian, dan dia juga tidak tahu.

“Ia mengejutkan saya Brian tidak tahu kerana beliau adalah seorang yang bijak. Jadi kami guna pilihan 50-50 dan ia adalah antara Trotsky atau Lenin.

“Selepas memilih jawapan Trotsky, Eamonn memberitahu saya keluarga di dalam rancangan The Good Life adalah dari golongan petani sosialis.

“Jika beliau memberitahu saya lebih awal, sudah tentu saya akan memilih jawapan Lenin. Walaupun kedua-dua jawapan adalah sosialis, Trotsky lebih radikal. Beliau dibunuh di Mexico atas arahan Stalin.

“Apa-apa pun saya tidak akan bertanya kepada Brian lagi. Isteri saya lebih bijak. Anda harus mempunyai seseorang yang mempunyai pengetahuan am yang bagus di dalam semua topik, terutama sains, botani dan biologi. Begitu juga dengan muzik klasik dan seni. Soalan sebegini yang selalu memerangkap kita akhirnya.

Ferguson dan Holmes terpaksa berpuas hati dengan hadiah £32,000 pada penampilan itu, sebelum beliau sekali lagi tampil dalam rancangan yang sama untuk memenangi £50,000. Semua hadiah kemenangan diserahkan kepada Yayasan Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN