“Perangai Seperti Beruk” – Bas Penyokong JDT Diserang Kasual KL City?

KL City

Semalam, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras begitu gembira kerana pasukan mereka berjaya menang sekali lagi.

JDT berjaya menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) dengan jaringan 3-0 untuk memastikan rekod kemenangan 100% serta tanpa bolos terus digenggam mereka.

Liga Super: Padang Teruk Pun Tetap KL City Kempunan Nak ‘Makan’ JDT

Akan tetapi, disebalik kejayaan yang diraikan penyokong, ada juga detik hitam yang menimpa pendukung Harimau Selatan.

Hal ini kerana, menurut seorang penyokong JDT di Twitter, bas yang dinaiki oleh mereka telah diserang oleh pihak yang disyaki gerakan kasual pro-KL City.

Minda Bernada di Twitter memuat naik gambar bas yang dinaiki dia dan rakan-rakan dipecahkan cerminnya.

“Macam mana nak balik satu bas ni? C****a lah kasual-kasula KL ni.

“Baling batu lepas tu lari serupa perangai beruk,” kata penyokong JDT tersebut.

Minda Bernada juga ada memuat naik video situasi dari dalam bas ketika situasi itu berlaku.

Jelas sekali, terdapat sedikit kekecohan dalam kalangan penumpang bas selepas apa yang berlaku semalam.

“Perangai b*****g mula dah. Tak dapat terima kekalahan ke tu wahai penyokong-penyokong KL?,” tulis Minda Bernada lagi.

Sungguh pun begitu, tiada laporan kecederaan diperoleh cuma bas sahaja yang mengalami kerosakan.

Kami di Semuanya BOLA amat mengeji tindakan keganasan penyokong bola sepak tidak kira pasukan mana yang anda dukung.

Ianya jelas sekali menafikan keindahan sukan ini kerana tiada siapa berhak pulang dari perlawanan bola sepak dengan mengalami kecelakaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN