Abu Kamara Risau Faisal Halim Jadi Punca Kekalahan Kuching City Kepada Selangor

Faisal Halim

Penyerang Kuching City, Abu Kamara menyifatkan Faisal Halim antara pemain yang boleh menjadi duri dalam daging sekiranya tidak dikawal rapi dalam pertembungan menentang Selangor, malam ini.

Sudah tentu ia akan menjadi perlawanan sukar berdepan finalis Piala Malaysia 2022 itu menyaksikan skuad kendalian Irfan Bakti ini enggan tercicir mata dalam aksi kedua Liga Super di laman sendiri nanti.

Bagi Kamara, Faisal merupakan antara pemain yang cukup licik di atas padang sekali gus mampu menjadi ancaman kepada benteng Kuching dan amat penting untuk mereka sentiasa mengawal rapi pergerakan setiap anak buah Tan Cheng Hoe itu.

“Saya boleh katakan Selangor merupakan antara kelab yang besar di Liga Malaysia dan saya pernah melihat cara mereka bermain sebelum ini.

“Tetapi, saya tetap merasakan Faisal antara pemain yang boleh bagi bahaya dekat kami dan perlu dikawal rapi malam esok sebab dia memang pemain yang lincah dan laju di atas padang.

“Bukan dia sahaja, pemain-pemain lain juga sama dan ramai antara mereka adalah pemain kebangsaan, jadi kita tidak boleh ambil mudah dan leka sepanjang perlawanan nanti.

“Yang penting, pemain-pemain di Kuching City juga berkualiti dan saya percaya kami mampu untuk mengekang sebarang halangan dalam memastikan tiga mata dapat diraih kali ini,” katanya.

Sudah tentu, aksi pembukaan tempoh hari menambahkan lagi keyakinan kepada penyerang dari Liberia ini apabila menjadi antara watak penting memberi kemenangan pertama pasukan menundukkan Kelantan 2-1 pada Sabtu lalu.

Dan dengan satu jaringan yang berjaya diraih tempoh hari menyaksikan Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 itu ingin terus bekerja keras dalam usaha memburu lebih banyak jaringan pada aksi-aksi akan datang.

“Sudah tentu rasa lega apabila berjaya mendapatkan gol pertama pada permulaan musim ini dan yang paling penting adalah gol itu dapat memberi kemenangan kepada kami.

“Saya semakin yakin dengan diri sendiri tetapi tidak mahu terlalu selesa dan akan berusaha untuk cuba lagi mendapatkan gol peribadi.

“Yang penting sekarang adalah sokongan daripada semua penyokong untuk hadir ke stadium malam ini apatah lagi mereka akan diberikan tiket percuma, jadi kami akan pamerkan aksi terbaik untuk mereka semua,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN