Manchester United Kini Buru Gelaran ‘Quadruple’ Selepas Layak Ke Peringkat Suku Akhir Piala FA

Manchester United berjaya layak ke peringkat suku akhir saingan Piala FA selepas kejayaan mereka menewaskan West Ham United 3-1 di Old Trafford awal pagi tadi.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan mereka kini dianggap sebagai antara pasukan paling sukar untuk dikalahkan.

Baru sahaja beberapa hari lalu Manchester United sah dinobatkan sebagai juara saingan Carabao Cup selepas kejayaan mereka menewaskan Newcastle United 2-0 di pentas perlawanan akhir.

Man United juga berjaya layak ke pusingan 16 terbaik saingan Europa League selepas kejayaan mereka menyingkirkan Barcelona di pusingan 32 terbaik.

Skuad The Red Devils turun sebagai pasukan kegemaran untuk menewaskan West Ham dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford awal pagi tadi.

Memandangkan Man United telah mencatatkan rekod yang sungguh dahsyat di Old Trafford sepanjang dikendalikan oleh Ten Hag, maka tidak hairanlah mengapa mereka dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk menang.

Juara saingan Carabao Cup itu terlebih dahulu ketinggalan pada aksi babak pertama permainan selepas Said Benrahma meledak gol pendahuluan untuk West Ham.

Man United berjaya menyamakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan menerusi Casemiro, namun gol tersebut telah dibatalkan oleh VAR.

Pantang menyerah, Man United akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan mereka menerusi gol sendiri yang dijaringkan oleh Nayef Aguerd.

Ketika perlawanan sepertinya akan berakhir dengan keputusan 1-1, Man United berjaya peroleh dua gol pada masa kecederaan permainan menerusi Alejandro Garnacho dan Fred.

Keputusan 3-1 kekal hingga wisel penamat dibunyikan dan secara tak langsung ia mengesahkan kejayaan Man United untuk layak ke peringkat suku akhir.

Manchester United buru gelaran quadruple

Memandangkan Man United kini sedang berpotensi untuk menjuarai semua pertandingan yang sedang mereka sertai, maka tidak hairanlah para penyokong mereka berharap agar skuad Red Devils bakal mampu memenangi gelaran quadruple pada musim ini.

Belum ada mana-mana pasukan di England yang mampu memenangi anugerah quadruple dengan hanya Liverpool sahaja antara pasukan paling hampir untuk melakukan hal tersebut pada musim lalu.

Liverpool walau bagaimanapun sekadar mampu memenangi dua piala sahaja dari empat yang mereka sebenarnya berpotensi untuk menang.

Melihat aksi konsisten Manchester United pada ketika ini, tidak akan mengejutkan sama sekali andai mereka bakal mampu memenangi gelaran quadruple pada musim ini.

Man United kini hanya 11 mata sahaja dibelakang pendahulu saingan liga, Arsenal dan mereka jelas sekali berpotensi untuk memintas skuad kendalian Mikel Arteta itu berdasarkan persembahan yang mereka tunjukkan.

Ditambah pula dengan aksi tidak konsisten Arsenal dan Man City, sepertinya makin cerah harapan untuk melihat Man United memintas kedua-dua pasukan itu pada akhir-akhir saingan liga musim ini.

Man United juga berpotensi untuk menjuarai saingan Piala FA selepas kejayaan mereka layak ke peringkat suku akhir.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu bakal berdepan Fulham di peringkat suku akhir dengan mereka sepertinya tiada masalah untuk layak ke peringkat seterusnya.

Untuk melengkapkan gelaran quadruple Manchester United juga berpotensi untuk menjuarai saingan Europa League selepas kejayaan mereka layak ke pusingan 16 terbaik.

Adakah Man United bakal menjadi pasukan Inggeris pertama yang akan mampu untuk memenangi gelaran quadruple? bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN