Perancang futsal merujuk kepada pemain yang merencana gerakan ketika menyerang. Ia memerlukan seorang pemain yang ada kemampuan untuk berhubung dengan rakan rakan di dalam gelanggang.
Berhubung di sini bermaksud dari segi gerakan, pertukaran hantaran, komunikasi dan juga telepathic communication.
Kami kongsikan 5 aspek yang harus anda tajamkan untuk menjadi perancang futsal yang berkualiti.
1. Hantaran
Ini sudah pasti perkara terpenting sebagai seorang perancang. Kualiti hantaran yang baik dari segi kecepatan, kekuatan yang sesuai.
Banyakkan latihan dari segi teknik seperti hantaran one touch, lob, hantaran diagonal dan sebagainya.
Semakin tinggi kualiti, teknik hantaran serta variasi hantaran semakin tinggi kualiti anda sebagai perancang futsal.
Futsal kadangkala dimainkan dalam permukaan gelanggang yang berbeza. Ini juga penting untuk dikuasai oleh seorang perancang futsal.
2. Visi
Semua orang boleh menghantar bola. Namun yang membezakan kualiti perancang futsal yang baik adalah visi. Visi adalah keupayaan untuk melihat motion dalam keadaan 360 darjah.
Seorang perancang perlu mendahului pandangan pemain lain tentang pergerakan rakan mereka dan melepaskan hantaran berdasarkan permainan visi. Visi ini juga penting untuk mentafsir ruang, jarak pemain di sekitar mereka.
3. Semangat Berpasukan
Seorang perancang futsal harus ada semangat untuk mengutamakan pasukan berbanding dengan diri sendiri.
Seorang perancang sejati akan semakin berpuas hati sekiranya dapat melakukan semakin banyak hantaran kepada rakan.
Ia akan lebih baik jika hantaran tesebut adaalah hantaran bahaya (key passes) ataupun yang mencetuskan bantuan gol.
4. Lincah
Futsal berbeza dengan bola sepak. Ini kerana seorang perancang yang baik perlulah lincah. Dalam bola sepak pula, ada perancang yang tidak lincah seperti Pirlo (regista), namun mereka adalah world class.
Lincah bermaksud anda perlu ada kemampuan mengawal bola, menukar arah bola dengan segera. Semakin tinggi kemampuan anda untuk megawal bola, semakin tinggi kualiti anda sebagai perancang futsal.
Elakkan daripada kehilangan terlalu banyak bola dan tingkatkan kepekaan (awareness) terhadap keadaan sekeliling.
5. Kreatif
Ini sudah pastinya elemen penting sebagai perancang futsal. Kreatif untuk mencipta peluang kepada rakan dalam apa jua keadaan.
Sama ada dalam permainan pantas ataupun dalam keadaan ruang yang kecil. Ia berkait rapat dengan visi dan hantaran.
Namun kreatif lebih kepada ketajaman untuk berfikir dan mencipta banyak peluang kepada rakan-rakan.
6. Pengurusan Pasukan/Taktikal (Organizing)
Jadi anda harus ada kemampuan untuk menguruskan organisasi pasukan di dalam gelanggang dari segi jarak antara pemain dan kepantasan tempo permainan.
Anda adalah ‘jurulatih’ di dalam gelannggan yang cuba mengawal arah pasukan anda. Ini adalah aspek kecerdasan berfikir dan mengurus serta mengolah organisasi pasukan.
Rumusan
Jika anda dapat menajamkan kemahiran anda berdasarkan 6 aspek di atas, anda berpotensi menjadi perancang futsal yang baik. Ia memerlukan latihan berterusan sama ada di dalam gelanggang dan di luar gelanggang.
Kami berharap ia dapat membantu anda. Jika ada tambahan, kongsikan dengan kami!
Baca juga: Teknik Sepakan Tonjol Antara Ancaman Utama Dalam Futsal