2 Calon Import Kelantan Masih Gagal Ujian Kecergasan

Beberapa hari lalu, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan kehadiran 3 calon import Kelantan yang bakal memperkuatkan pasukan The Red Warriors.

Mereka adalah Okiki Afolabi, Cedric Djeugoue dan Mohammed Ghaddar.

Namun dalam status terbaru beliau menerusi akaun Facebook, Tan Sri Annuar Musa menggambarkan calon import Kelantan ada sedikit masalah.

2 daripada 3 calon pemain import Kelantan tersebut dilaporkan masih gagal melepasi ujian kecergasan oleh pasukan perubatan pasukan Kelantan.

KAFA memandang serius isu ini dan tidak akan mengambil risiko untuk meneruskan hasrat menandatangani pemain tersebut sekiranya gagal dalam prosedur ini.

Salah seorang daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan ACL yang masih belum pulih sepenuhnya. Ia adalah kecederaan yang tidak sepatutnya disembunyikan.

Kecederaan tersebut dikesan oleh pakar perubatan menerusi imbasan MRI

Pemain yang dikaitkan dengan kecederaan ligamen ACL tersebut adalah Okiki Afolabi. Pemain 22 tahun yang memiliki rekod karier yang sangat menarik.

Afolabi pada awalnya dijangka akan menjadi penggempur utama skuad Kelantan. Beliau pernah mewakili pasukan B-20 dan B-23 Nigeria.

Namun seorang lagi pemain masih tidak dapat disahkan status kecederaan beliau.

KAFA lebih berhati-hati

Sudah beberapa musim Kelantan memiliki rekod pemain import yang agak teruk dari segi rekod kecederaan. Maksud kami, pemain yang terlalu mudah cedera kerana ada rekod kecederaan lampau yang teruk.

Sebelum ini pemain seperti Gilmar dan Amuthu sangat mudah tercedera. Ia sekaligus mengundang resah oleh KAFA untuk meneruskan hasrat sekiranya laporan kecergasan pemain tidak pada tahap optimum.

Persiapan Zahasmi Ismail

Kelantan dalam rangka persiapan untuk menentang Melaka United dalam perlawanan pertama liga mereka di Kota Bharu. Ia sudah pasti tamparan hebat untuk jurulatih Zahasmi Ismail.

Zahasmi pastinya mahu menyiapkan pemain-pemain ini secepat mungkin ke dalam pasukan dalam masa yang sangat singkat.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa menggambarkan pasukan Kelantan akan menjadi tidak kompeten tanpa pemain import.

Nampak gayanya, Zahasmi Ismail bolehlah melupakan seketika 2 pemain import ini dan fokus kepada skuad yang sedia ada untuk memulakan musim 2017.

Kecualilah mereka dapat meminjam pemain import dari pasukan lain? Jika ada. Ataupun ejen mereka dapat membantu mendapatkan pemain baru dalam masa terdekat?

Namun masa sudah terlalu suntuk kerana tarikh pendaftaran akhir adalah 22 Januari 2017.

Kelantan antara pasukan yang megharungi pra-musim 2017 yang kucar kacir. Bermula dengan isu menarik diri daripada liga Malaysia dan juga isu hutang dengan FAM. Mereka agak lambat untuk menyiapkan pasukan utama.

Apapun, kami ucapkan selamat maju jaya kepada skuad Zahasmi Ismail untuk perlawanan pertama liga berhadapan dengan pendatang baru yang sangat bersemangat, Melaka United.

Baca juga: 3 Import Baru Kelantan Tiba Di Kota Bharu, Ghaddar Kembali!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN