Posisi dalam futsal dan apa peranannya berdasarkan formasi berbeza. Kami akan terangkan kepada anda.
Kami di semuanyaBOLA rata-rata hantu futsal. Namun untuk menghuraikan peranan ataupun posisi dalam futsal, jelas lebih ramai yang arif tentang bola sepak padang yang lebih banyak berbanding dengan posisi dalam futsal.
Kita biasanya akan menyebut peranan seperti:
“Awak main bek, awak main sayap dan awak main striker.”
Secara umumunya, ia adalah tepat namun dalam artikel ini kami akan membantu anda memahami peranan setiap posisi dengan lebih teat berdasarkan formasi asas.
Asas kepada posisi dalam futsal adalah:
1. Pertahanan (Defenders)
i. Pemain pertahanan biasa
– Bukan peranan specialist
– Biasanya dalam formasi 2-0-2, 3-0-1, 2-1-1.
– Atapun, formasi lebih daripada seorang pertahanan
ii. Pemain pertahanan istimewa (specialist)
– Contohnya Last Man / Fixo / Stopper
– Peranan untuk pertahanan yang biasanya bermain dalam sistem 1 pertahanan dengan formasi berlian. Mereka biasanya pemain yang menjadi jeneral dan playmaker dalam futsal.
Ada visi dan work rate yang sangat tinggi. Jika anda tidak cukup syarat seperti dinyatakan anda hanya digelar pertahanan biasa.
2. Pemain tengah (Ala)
i. Pemain Tengah tulen
– Lebih fokus di narrowed area
ii. Pemain Sayap
– Berorientasikan kawasan sayap
iii. Pemain Utiliti
– pemain serba boleh
2. Penyerang (Attackers)
i. Target man
ii. Specialist/pivot
– Pemain yang boleh bermain peranan pivot
Posisi dalam Formasi!
Dalam segmen seterusnya ini, kami mengambil contoh beberapa formasi dan posisi yang digunakan oleh mereka.
1. Formasi 1-2-1 Berlian (Diamond)
Pertahanan
Dalam formasi berbentuk berlian. Pemain paling belakang disebut pertahanan ataupun last man. Mereka juga digelar sebagai Fixo.
Tengah/Sayap
Untuk pemain tengah mereka juga disebut Ala. Ada pasukan menggunakan formasi lebih kompak dengan 2 pemain tengah tulen. Ada juga selesa dengan 2 pemain sayap. Ada juga yang menggunakan sistem hibrid.
Namun paling biasa, pemain yang universal ataupun boleh bermain di mana-mana ruang akan menjadikan permainan lebih fluid.
Penyerang
Penyerang dalam sistem diamond masih dipanggil penyerang. Namun mereka juga digelar pivot. Kenapa penyerang berperanan sebagai pivot?
Pivot bermaksud pemain yang menjadi gandar kepada aliran bola ke kawasan lain. Lihat contoh ini, bagaimana penyerang menjadi pivot.
Ketika diserang balas, pivot juga menjadi pemain yang akan menjejak kembali (track back) bola. Lihat video Fernandao, pemain penyerang Barcelona. Bagaimana dia memainkan peranan pivot dengan berkesan.
2. Posisi Dalam Formasi 2-0-2 Sisi Empat (Square)
Sistem ini lebih mudah untuk disebut. 2 pemain di belakang disebut pertahanan manakala 2 pemain di atas akan disebut penyerang.
Tidak peranan specialist seperti Fixo ataupun Ala dalam formasi ini. Hal ini kerana, mereka bermain 2 pertahanan (bukan 1) dan juga tidak ada pemain tengah, ia adalah sistem yang agak direct dengan 2-0-2.
Sistem ini sesuai untuk pasukan yang memiliki 4 pemain yang universal ataupun boleh bermain bertahan dan menyerang dengan baik. Mereka juga boleh disebut pemain pelbagai fungsi (multi functional).
2 pemain di atas boleh bermain sama ada lone pivot ataupun double pivot. Maknanya, ada pasukan akan memilih seorang pemain serangan untuk menjadi pivot.
Ini adalah contoh pivot tunggal (lone pivot). Anda perhatikan peranan pemain no.5 bagaimana dia sentiasa cuba menjadi gandar / konduktor kepada gerakan bola.
Manakala untuk pasukan yang ada kemampuan dan kefahaman taktikal serta kemampuan teknikal yang kuat, peranan double pivot sangat dicadangkan.
Ini adalah contoh 2 pemain serangan iaitu no.4 dan no.5 masing-masing boleh menjadi pivot. Kedua-dua mereka boleh bertukar peranan dengan sekelip mata.
Ingat, anda tidak digalakkan bermain formasi 2-0-2 jika tidak memiliki kesemua pemain yang universal!
3. Formasi 3-0-1
Formasi ini lebih defensif. 3 pemain di bawah digelar pertahanan biasa dan tidak ada fixo dalam sistem ini.
Tidak ada peranan Ala atau pemai tengah kerana seorang pemain adalah pemain penyerang. Sistem ini agak anti football kerana ia menyerap asakan di bawah dan cuba sedaya upaya menghantar kepada penyerang/pivot.
Biasanya sistem ini menggalakkan cubaan jarak jauh. Jadi untuk pasukan yang ramai kaki tembak, bolehlah mencuba sistem ini.
4. Formasi 2-1-1
Formasi ini memerlukan 2 pemain pertahanan dan juga pemain tengah utiliti. Pemain tengah ini yang akan menjadi enjin kepada pergerakan pasukan.
Formasi ini sangat bergantung kepada pemain tengah. Pastikan pemain tengah untuk sistem ini ada ‘tangki oksigen’ yang besar.
Formasi ini sangat narrow (sempit) dan akan melibatkan banyak duel di tengah.
Rumusan
Hanya itulah 4 contoh formasi yang kami gunakan untuk menerankan peranan dan posisi dalam futsal. Anda mungkin ada formasi lain yang mahu dikongsikan dengan kami.
Apakah posisi dalam futsal anda?