Lavezzi – 3 Minggu Lalu Dituduh Mat Gian, Minggu Ini Dilaporkan Pemain Berpendapatan Tertinggi

Pemain yang mendapat bayaran paling tinggi dalam bola sepak dunia pada hari ini bukan Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi, sebaliknya pemain sayap Argentina, Ezequiel Lavezzi.

Menurut satu laporan yang dibocorkan oleh Football Leaks, Ezequiel Lavezzi menerima bayaran mingguan dua kali ganda berbanding dengan 2 pemenang 9 Ballon d’Or terkumpul (Cristiano Ronaldo dan Messi).

Bekas pemain sayap Napoli dan PSG itu kini bermain untuk kelab China, Hebei China Fortune. Laporan awal sebelum ini menyatakan beliau menerima £400,000 seminggu.

Namun berdasarkan maklumat Football Leaks, angka itu tidak tepat dan mungkin cuba dimanipulasi atas kepentingan tertentu.

Ia amat ironi kerana 3 minggu yang lalu Lavezzi mendapat perhatian dunia selepas dituduh mengambil marijuana ketika sesi latihan. Minggu ini pula wartawan Football Leaks membuka cerita tentang pendapatan beliau.

Football Leaks melaporkan Lavezzi sebenarnya dibayar minimum £493,000 seminggu jika tidak ada bonus tambahan. Wow! Seminggu sahaja sudah boleh mendapat sekitar RM2.7 juta.

Lionel Messi, yang masih belum menandatangani kontrak baru dengan Barcelona, ​​dilaporkan akan menerima £270,000 seminggu dalam kontrak baru beliau.

Ia kurang £223,000 berbanding Lavezzi. Manakala Cristiano Ronaldo yang sudah menandatangani kontrak baru lima tahun berurusan bulan lepas, akan menerima £365,000.

Rakan sepasukan beliau Gareth Bale juga juga telah menandatangani perjanjian baru dengan Real Madrid untuk menerima gaji £350,000 selepas cukai.

Kontroversi

Sebelum ini kecoh apabila wartawan menuduh Lavezzi mengambil marijuana ketika sesi latihan skuad kebangsaan Argentina untuk kelayakan Piala Dunia 2018.

Ia pasti berita yang enggan didengari oleh majikan beliau. Rakan sepasukan beliau di Argentina diketuai kapten Lionel Messi mengambil keputusan untuk memulaukan semua sidang media buat masa ini.

Ia adalah solidariti untuk Lavezzi yang dirasakan telah dianiaya oleh media. Messi kecewa dengan sikap media yang melampau sehingga mengintip mereka sampai begitu sekali.

Walau apapun tuduhan yang dilemparkan, buat masa ini Lavezzi pasti sedang bergembira kerana kelab beliau mengambil keputusan untuk tidak mempercayai laporan tersebut.

Jadi, Lavezzi meneruskan hidup beliau seperti biasa dengan gaji mewah di China.

Baca juga : Penuh Dengan Hutang, Kelab England Dilelong Di Ebay Dengan Harga RM5.50 Sahaja

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN