‘Perak Sampai Mati’ – Kasih Setianya Kenny Pallraj Tetap Bersama Perak

Jika disebut nama Kenny Pallraj, pastinya ramai peminat bola sepak terutama sekali di Perak mengetahui akan kentalnya pemain ini selaku pemain tengah bertahan di atas padang.

Anak jati Ipoh ini telah mula mengembangkan bakatnya bersama Perak sejak di pasukan pembangunan lagi sebelum mula menyertai Harimau Muda di Singapura pada tahun 2015 selama satu musim.

Kelibat pemain tersebut dikesan semalam pada perlawanan Liga Premier yang membabitkan bekas kelab beliau, Perak menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pada perlawanan tersebut, Perak berjaya mencatat kemenangan 1-0 mengatasi lawan untuk kembali memberi keyakinan buat barisan pemain kendalian Yusri Che Lah setelah mengalami pelbagai kemelut dalaman hingga moral pasukan turut terjejas.

Kenny antara pemain yang keluar pada pertengahan musim lalu ketika Perak dilanda kemelut dalaman selain Guilherme de Paula, J. Partiban, Nazirul Naim, dan Shahrul Saad demi kelangsungan hidup masing-masing.

Jelas Kenny ketika itu, “Sebenarnya kita di Perak ni, bukan sekadar rakan sepasukan tapi dah macam satu keluarga,” ujar beliau ketika ditemubual dalam rancangan Bola Mamak di Astro Arena menerusi artikel kami sebelum ini.

Tambah Kenny ketika itu, beliau antara yang berat hati untuk meninggalkan kelab kerana Perak telah membentuk diri pemain ini sejak awal karier terdahulu.

“Saya mula main bola dengan pasukan Piala Presiden, kemudian saya keluar untuk bersama Harimau Muda selama tiga tahun, saya balik ke Perak saya tak keluar ke mana-mana hingga sekarang. Sampai sekarang saya tak percaya yang saya dah buat keputusan ini.”

Kenny bersama Partiban antara pemain baharu menyertai Kuala Lumpur City ( KL City) pada pertengahan musim lalu dan berjaya membantu kelab tersebut merangkul gelaran juara Piala Malaysia tahun 2021 setelah mengetepikan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN