[VIDEO]: Lontaran Mercun, Kekecohan Penyokong Cemari Perlawanan Di Paroi

Di sebalik keterujaan terhadap kehadiran penuh penyokong di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pada malam tadi untuk menyaksikan perlawanan di antara Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), ia turut dicemari oleh tindakan segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab.

Tidak kurang daripada 25 ribu penyokong dilaporkan membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Pada hari ini, tular sebuah video di YouTube memaparkan kekecohan yang berlaku di kalangan penyokong kedua-dua pasukan, dipercayai berlaku selepas tamat perlawanan.

Selain daripada kata-kata provokasi, kedua-dua kumpulan penyokong juga dilihat saling melempar bekas minuman.

Membuatkan situasi tersebut menjadi lebih berbahaya ialah apabila lontaran dan letupan mercun oleh penyokong tidak bertanggungjawab turut berlaku.

Melalui video berdurasi 9 minit dan 14 saat jelas sekali insiden memalukan itu turut mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang hadir menyaksikan perlawanan.

Mujurlah campur tangan segera pihak polis berjaya menenangkan keadaan.

Ini bukan kali pertama saingan Liga Malaysia dicemari oleh kekecohan penyokong.

Pada Mac lalu, dua penyokong ditahan oleh pihak polis selepas berlaku kekecohan di Stadium Cheras selepas perlawanan membabitkan Kuala Lumpur City dan Selangor.

Insiden tersebut menyebabkan seorang penyokong terpaksa dibawa ke hospital selepas perlawanan akibat kecederaan yang berpunca daripada letupan mercun.

Dalam perlawanan pada malam tadi yang membabitkan dua pasukan yang belum tewas pada musim ini, JDT berjaya menewaskan Negeri Sembilan melalui jaringan Fernando Forestieri pada masa kecederaan.

Insiden yang berlaku di Stadium Tuanku Abdul Rahman ini pasti akan mengundang perhatian pihak pengajur, Malaysian Football League (MFL).

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN