Perak Sabar Menanti De Paula Dinaturalisasikan

De Paula

Pasukan Liga Super, Perak kini masih bersabar menanti saat bintang import mereka iaitu Guilherme De Paula diberikan tarat sah sebagai pemain naturalisasi.

Menurut laporan Sinar Harian, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) iaitu Azlin Nadzri berkata mereka berharap proses itu dapat dicepatkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Hal ini kerana, proses melibatkan De Paula masih lagi tergendala sementara prosedur yang sama melibatkan satu lagi pemain naturalisasi iaitu Liridon Krasniqi sudah pun selesai.

“Saya difahamkan permohonan untuk naturalisasi Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi dihantar serentak tetapi hanya satu sahaja yang selesai.”

“Permohonan untuk De Paula masih perlu tunggu satu hingga dua minggu lagi.”

Azlin berkata seandainya De Paula berjaya dinaturalisasikan, beliau tidak bercadang untuk menjadikan seorang lagi pemain import iaitu Leandro Dos Santos sebagai pemain naturalisasi.

Malah, Perak juga tidak berada dalam keadaan terburu-buru untuk mencari pemain import baharu jika De Paula telah dinaturalisasikan memandangkan slot pemain import beliau akan dikosongkan.

Leave a Reply