Cristiano Ronaldo Tak Sangka Masih Main Bola Di Usia 35 Tahun

Cristiano Ronaldo

Bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo tidak menyangka yang dirinya sebenarnya masih lagi mampu untuk bermain bola sepak di tahap yang paling tinggi, lapor SportBible.

Kini berusia 35 tahun beliau masih lagi bermain dan memecahkan pelbagai rekod, realiti itu jelas sekali berbeza dengan apa yang digambarkan dirinya sewaktu muda dahulu.

“Saya sangkakan saya akan jadi nelayan di kampung saya iaitu Madeira.”

“Perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran saya, saya ingin menjadi pemain bola sepak profesional tapi tidak pernah sangka saya akan menangi semuanya yang telah saya kecapi sekarang.”

Ronaldo bagaimana pun telah mempunyai perancangan yang beliau mahu lakukan selepas bersara. Itu pun hanya akan berlaku selepas badannya sudah tidak mampu untuk beraksi lagi.

“Apabila badan saya sudah tidak mampu berfungsi sebetulnya di padang, pada waktu itulah saya akan bersara.”

“Saya bercita-cita untuk menyambung pelajaran selepas bersara sebagai pemain.”

Selain menyambung pelajaran, Ronaldo juga mempunyai impian untuk menceburi bidang perfileman dan juga perniagaan.

“Saya perkara yang saya ingin cabar diri saya adalah berlakon di dalam filem.”

“Saya harap saya akan hidup lebih dari 50 tahun untuk belajar sesuatu yang baharu dan hadapi cabaran berbeza serta mencari jalan penyelesaian untuknya.”

Leave a Reply