Perak menang di Ipoh dan menjadi pasukan pertama menewaskan JDT selepas lebih setahun 3 bulan rekod tersebut dipertahankan.
Pasukan terakhir menang ke atas JDT dalam Liga adalah Felda, pada 22 Ogos 2015.
Separuh masa pertama
Perak memulakan perlawanan dengan 4-3-3 manakala JDT dengan formasi 4-2-3-1.
Perak berjaya masuk ke dalam kotak penalti JDT sebanyak 2 kali dalam 5 minit pertama namun tidak ada cubaan bahaya yang dilepaskan.
Yashir Pinto meletakkan Perak di hadapan pada minit ke-8 selepas menerima hantaran cantik dari Faton Toski.
Namun gol pendahuluan itu cuma bertahan kurang 2 minit selepas Hazwan Bakri menyempurnakan hantaran Guerra di hadapan gol.
Ia selepas pertahanan Perak kucar-kacir mungkin terbuai-buai dengan gol Pinto.
Minit ke-11 Perak hampir menambah jaringan selepas Farizal Marlias melakukan kesilapan penjaga gol (goalkeeping error).
Perlawanan kemudia agak terbuka di antara kedua-dua pasukan. Beberapa siri asakan yang saling berbalas dilancarkan oleh kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-21, JDT membuat pertukaran pertama dengan memasukkan Gonzalo Cabrera selepas Azamuddin Akil kelihatan seperti kejang otot.
Perlawanan kemudian berlangsung dalam keadaan banyak berlegar di kawasan tengah selepas itu.
Sebelum rehat, Pinto hampir menambah jaringan kedua untuk beliau dan pasukan Perak selepas hantaran visi menarik oleh Mirchev, namun cubaan beliau terkena padang.
Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.
Separuh masa kedua
Separuh masa kedua, Karl Heinz Weigang mengeluarkan Faton Toski dan memasukkan Shahrul Saad. Ia satu pertukaran yang sangat positif daripada Karl Heinz Weigang.
Shahrul Saad hampir meletakkan Perak sebaik sahaja masuk. Namun Farizal Marlias dapat menepis cubaan beliau pada minit ke-50. Perak lebih banyak melakukan ancaman pada fasa minit ke-46 sehingga minit ke-60.
Pada minit ke-61, Cabrera melepaskan cubaan dari jarak jauh dan sedikit tersasar.
Pada minit ke-75, Vladislav Mirchev meletakkan tuan rumah di hadapan setelah Farizal Marlias melakukan 2 aksi menyelamatk cemerlang.
Pertama menyelamatkan cubaan Thiago, kemudian Farizal menyelamatkan cubaan susulan Pinto. Namun beliau tidak mampu menghentikan cubaan ke-3 daro Mirchev. Perak dalam kedudukan 2-1.
Pada masa kecederaan Mahali Jasuli mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan. Namun hantaran beliau tidak tepat.
Tama perlawanan, JDT tewas kali pertama musim ini. Ia juga kekalahan pertama dalam liga selepas 24 perlawanan oleh JDT.
Kemenangan ini membolehkan Perak naik ke tangga ke-3 dan JDT terjerumus ke tangga ke-8.
Baca juga: Apa Akan Jadi Kalau Diego Simeone Jadi Pengurus Arsenal?