Apa Akan Jadi Kalau Diego Simeone Jadi Pengurus Arsenal?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Arsene Wenger tidak akan lagi menjadi pengurus Arsenal pada musim hadapan.

Ia pastinya sesuatu yang janggal. Mana tidaknya selepas 20 musim, Arsenal bakal diketuai oleh pengurus baharu, tiada lagi khidmat Wenger ditepi padang untuk Arsenal.

Dalam artikel Give Me Sport, satu simulasi menggunakan Football Manager telah dilakukan untuk melihat bagaimana Arsenal akan beraksi dibawah kendalian pengurus baharu.

Dan pilihannya adalah pengurus Atletico Madrid iaitu Diego Simeone. Jom tengok macam mana beliau urus Arsenal!

2 penyerang di hadapan

Arsenal sudah lama tidak bermain dengan formasi 2 penyerang sejak era Theirry Henry dan juga Dennis Bergkamp.

Dengan kegemaran Simeone untuk bermain sistem 4-4-2 di Atletico Madrid, beliau mengadaptasi formasi tersebut di Arsenal dengan formasi 4-4-2 diamond.

Dalam formasi ini, Simeone menggunakan Lucas Perez dan juga Olivier Giroud sebagai teraju utama serangan.

Sementara di bahagian tengah, Mesut Ozil menjadi pemain tengah menyerang sambil di bantu Alexis Sanchez di sebelah kiri dan Santi Carzola di bahagian kanan.

Granit Xhaka pula akan pemain yang akan bermain di hadapan Laurent Koscielny dan juga Shokdran Mustafi dengan tugas sebagai pemain tengah bertahan.

Sementara Hector Bellerin akan bermain di bahagian pertahanan kanan, Nacho Monreal di pertahanan kiri serta Petr Cech di gawang.

Gambar: Give Me Sport

Simeone masih menggunakan corak permainan ala Wenger iaitu bermain dengan taktikal mahu menguasai bola.

Namun begitu, keputusan Simeone untuk meletakkan 2 penyerang di hadapan memberikan hasil apabila Arsenal menjadi pasukan terbanyak menjaringkna gol dengan 74 gol selepas simulasi dilakukan.

Siapa yang dibeli Simeone?

Musim pertama Simeone di Arsenal menyaksikan beliau hanya membeli 1 pemain sahaja dan itupun ketika di bulan Januari.

Beliau membeli seorang pertahanan kanan bernama Silvan Widmer yang bermain di Udinese dengan harga bernilai £20 juta.

Namun begitu, pemain muda itu merupakan pembelian yang tidak menjadi buat Simeone dan Arsenal apabila beliau hanya berjaya melakukan 5 penampilan sahaja sepanjang musim dengan rating terendah dalam skuad sebanyak 6.23.

Siapa pemain paling menyerlah?

Di bawah kendalian Simeone, Olivier Giroud berjaya menjadi mesin gol seperti yang diimpikan peminat Arsenal selama ini!

Simeone berjaya membuatkan Giroud tidak berhenti menjaringkan gol apabila taktikal beliau berjaya membuatkan Giroud menjaringkan 28 gol dalam masa semusim. Lebih menarik, 21 daripadanya adalah gol di Premier League.

Mesut Ozil dan juga Alexis Sanchez kekal pemain terbaik di Arsenal. Ozil dengan watak sebagai pemain nombor 10 berjaya menjadi pemain terbaik Arsenal di musim pertama Simeone apabila mencatatkan 7 gol dan 17 bantuan gol dengan rating sebanyak 7.78.

Sanchez juga tidak kurang hebatnya. Beliau berterusan menjadi pemain kesayangan peminat di Arsenal apabila menyumbat 15 gol dan 9 bantuan gol untuk beliau memperoleh rating sebanyak 7.56.

Namun begitu, beberapa pemain tidak berjaya bermain dengan cemerlang dibawah taktikal Simeone. Sebagai contoh adalah Aaron Ramsey.

Ramsey hanya berjaya mencatatkan rating 6.74 sementara Mohamed Elneny pula mencatatkan rating 6.32 – paling teruk dalam skuad Arsenal.

2 pemain sayap iaitu Theo Walcott dan juga Alex Oxlade-Chamberlain tidak berapa menyerlah bersama Simeone.

Walcott mencatatkan rating 6.96 dengan jaringan 13 serta bantuan gol 1. Sementara Oxlade-Chamberlain mencatatkan 2 gol, 7 bantuan gol untuk memperoleh rating 6.86 sahaja.

Lucas Perez juga tidak berjaya mendapatkan rating yang tinggi. Walaupun berjaya mendapatkan 16 gol, namun beliau hanya berjaya mendapatkan rating setinggi 6.90 sahaja.

Arsenal menang liga?

Simeone berjaya memberikan cabaran untuk menjuarai liga bersama-sama dengan Arsenal, namun begitu Simeone hanya berjaya mendapatkan gelaran naib juara sahaja apabila menamatkan saingan liga di belakang Chelsea dengan perbezaan 10 mata.

Beberapa keputusan yang tidak baik pada bulan Oktober dan Mac menyaksikan Arsenal keciciran mata. Lebih teruk apabila ianya berlaku ketika menentang pasukan seperti Middlesbrough dan Swansea City!

Tetapi seperti pasukan Atletico Madrid yang cukup ampuh ketika menentang pasukan-pasukan besar, begitu jugalah pasukan Arsenal dibawah kendalian Simeone.

Arsenal berjaya mendapatkan menewaskan beberapa pencabar kejuaraan liga seperti Manchester City, Chelsea dan juga Liverpool dan mereka tewaskan semuanya di laman lawan!

Tetapi keputusan terbaik dicatatkan apabila Arsenal membelasah Tottenham Hotspur 5-0 dengan Giroud merakam hatrik untuk beliau.

Gambar: Give Me Sport

Juara FA Cup!

Dalam kejohanan piala domestik, nasib tidak menyebelahi Simeone apabila Arsenal kecundang di tangan Manchester City di pusingan ke-4 EFL Cup apabila tewas di tangan Manchester City pada masa tambahan.

Namun begitu, kejayaan milik Arsenal apabila bercakap mengenai FA Cup.

Arsenal dengan bergaya melangkah ke perlawanan akhir FA Cup apabila berjaya menewaskan Swansea City 3-0 di suku akhir serta tewaskan Newcastle United di masa tambahan ketika perlawanan separuh akhir.

Di perlawanan akhir, Arsenal berjaya membalas dendam duka mereka di EFL Cup apabila menewaskan Manchester City 3-1 untuk membolehkan Simeone menjulang piala pertama beliau bersama Arsenal.

Nasib berubah di Eropah?

Namun begitu, cerita duka Arsenal di Eropah masih lagi berterusan walaupun bertukar pengurus.

Pada musim pertama, Arsenal dikecewakan oleh Real Madrid di peringkat suku akhir selepas tewas 3-1 menerusi aggregat.

Dan lebih menarik, Simeone dan Arsenal dikecewakan oleh Real Madrid sebanyak 4 musim berturut-turut di pusingan kalah mati – termasuklah kalah 2 kali perlawanan akhir ditangan mereka!

Berbaloikah Simeone?

Dari simulasi ini, kami boleh katakan Simeone seorang pengganti Arsene Wenger yang cukup baik.

Walaupun gagal memenangi liga, tetapi Simeone telah berjaya menjadikan Arsenal pasukan yang tidak henti-henti menjaringkan gol dengan menjadikan Giroud sebagai mesin gol utama pasukan.

Tetapi Simeone perlu lebih bijak dalam mendapatkan pemain di jendela perpindahan. Hal ini kerana, pembelian Silvan Widmer nyata pembelian yang tidak berjaya.

Jadi peminat Arsenal, mahukah anda memilih Diego Simeone sebagai pengurus Arsenal selepas Arsene Wenger?

Baca juga: Arsene Wenger Mahu Terus Menjadi Pengurus Musim Hadapan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN