Perak Didenda Beraksi Di Stadium Kosong Kerana Gagal Mengawal Keselamatan Penyokong

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM edisi ke-4 yang berlangsung pada 20 Disember 2017, Persatuan Bolasepak Perak telah dikenakan tindakan kerana gagal mengawal keselamatan penyokong.

Insiden berlaku ketika perlawanan Piala Malaysia 2017 (Separuh Akhir 1), Perak lwn Johor Darul Ta’zim pada 15 Oktober 2017 di Stadium Perak, Ipoh.

Selepas tamat perlawanan, berlaku kekecohan penyokong di luar stadium yang menyebabkan ada penyokong yang cedera.

Persatuan Bola sepak Perak dikenakan 4 pertuduhan termasuk kesalahan berkaitan kelakuan penonton dan penganjur perlawanan. Kenyataan FAM menyebut:

“Mereka (Persatuan Bola Sepak Perak) telah melanggar Artikel 70.1 yang dibaca bersama dengan Artikel 60.1(a) dan Artikel 60.2(a) Kod Tatatertib FAM bagi pertuduhan pertama; Artikel 70.1 yang dibaca bersama dengan Artikel 42 Kod ini bagi pertuduhan kedua; melanggar Artikel 70.1 yang dibaca bersama dengan Artikel 42 Kod ini bagi pertuduhan ketiga; dan melanggar Artikel 68 dibaca bersama dengan Artikel 69 dan Artikel 42 Kod ini bagi pertuduhan keempat berkaitan Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton & Penganjuran Perlawanan (Artikel 70 & 68 Kod Tatatertib FAM).

Kesannya, Persatuan Bola Sepak Perak didenda sebanyak RM15,000 bagi Pertuduhan Pertama, RM10,000 bagi Pertuduhan Kedua, didenda RM15,000 bagi Pertuduhan Ketiga, serta didenda RM25,000 dan bermain satu perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri bagi Pertuduhan Keempat.

Perak juga diberikan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa tatatertib telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 43 Kod.

Di mana jika terdapat beberapa hukuman yang boleh dikenakan akibat daripada pelanggaran berkait, Jawatankuasa ini boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran yang paling serius sahaja dan, bergantung kepada keadaan boleh meningkatkan lagi hukuman tersebut.

Justeru, hukuman yang dikenakan bagi pelanggaran-pelanggaran di atas secara keseluruhannya adalah seperti berikut:

i. Didenda sebanyak RM35,000 secara keseluruhan;

ii. bermain 2 perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri (1+1); dan

iii. diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Jawatankuasa ini juga telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod ini di mana hukuman bermain perlawanan tanpa penonton.

Namun begitu untuk hukuman bermain tanpa penyokong yang kedua seperti yang dinyatakan di atas adalah ditangguh terlebih dahulu. Ini tertakluk kepada tiadanya kesalahan yang sama merujuk kepada Artikel 68 Kod ini berulang.

Jika kesalahan yang sama berulang di dalam perlawanan melibatkan Perak dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh 20 Disember 2017, maka hukuman bermain tanpa penonton tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap perlawanan yang seterusnya di mana Pasukan Perak adalah pasukan tuan rumah bagi perlawanan tersebut.

FAM memberikan peluang kepada Perak untuk mengemukakan rayuan.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN