Kesan Kenaikan Harga Petrol Terhadap Peminat Bola Sepak Di Malaysia

“Kenaikan Harga Petrol Tidak Adil Untuk Bola Sepak Di Malaysia.” Benar. Anda tidak tersalah baca kenyataan pertama dalam artikel ini. Namun demikian, jangan terlalu serius ketika anda meneruskan pembacaan.

Anggap sahaja ia rungutan kita setiap kali kenaikan harga minyak sambil berkata:

“Ini tidak adil!”

Ini adalah sebuah artikel santai-santai, mengajak para pembaca untuk merenungkan kesan harga pasaran petrol terhadap sukan bola sepak. Walaubagaimanapun, ia adalah sekadar pendapat.

Seperti anda, kami juga penyokong bola sepak dari kalangan masyarakat marhaen. Kerja kami biasa-biasa sahaja, pendapatan kami cukup-cukup makan, pakaian kami ada yang dibeli di kedai ‘bundle’, paling mahal berjenama negara.

Walaupun dibayar dengan agak lumayan dan kebajikkan turut dijaga oleh Semuanya BOLA,  sedikit sebanyak peningkatan harga minyak akan memberi kesan kepada kehidupan seharian, walaupun sekadar naik 10 sen seperti hari ini. Pssst!..Take note boss. (dengan harapan Ketua Editor baca)

Bagaimana kenaikkan harga minyak memberi kesan kepada bola sepak di Malaysia? Ini sebabnya.

1. Perjalanan ke stadium

Pernahkah anda terfikir mengapa terdapat segelintir penyokong meluahkan rasa tidak puas hati apabila Media Prima tidak menyiarkan perlawanan siaran langsung membabitkan pasukan kesayangan mereka?

Jawapannya mudah. Ini adalah kerana penyokong lebih selesa untuk menonton perlawanan dari ruang tamu rumah masing-masing. Salah satu faktornya ialah kenaikkan kos petrol untuk ke stadium.

Kesesakan di Plaza Tol batu 3, Shah ALam

Alasan dan jawapan ini mungkin dipandang enteng oleh kebanyakkan orang. Namun anda tidak boleh menafikan sedikit-sebanyak kenaikkan harga petrol di pasaran akan turut memberi kesan.

Perkara ini diburukkan lagi dengan lokasi ke stadium yang memaksa anda menempuh kesesakan lalu lintas, terutama jika perlawanan diadakan pada hujung minggu.

Sekitar LRT Bukit Jalil yang mulai dibanjiri oleh penyokong Liverpool.

Hakikatnya, bukan semua stadium di dalam negara mempunyai jaringan pengangkutan yang mesra untuk penyokong bola sepak.

Anda pernah mengalami keadaan seperti yang dinyatakan di atas?

2. ‘Match view’ bukan lagi amalan

Seperti sudah menjadi satu trend di Malaysia. Setiap kali harga petrol diumumkan mengalami kenaikkan, harga makanan dan minuman di restoran turut meningkat naik.

Bagi yang gemar menyaksikan perlawanan bola sepak luar negara di restoran-restoran mamak, anda mungkin pernah merasai kenaikkan ini.

Kredit: Pemilik gambar

Sebagai contoh, sekeping roti canai satu ketika dahulu ialah RM0.80. Pada hari ini, rata-rata restoran menawarkan harga RM1.20. Begitu juga dengan minuman. Secawan Nescafe Ais dahulunya ialah RM1.80, pada hari ini ia menjangkau RM2.50 atau pun lebih.

Kerana itulah pada satu ketika, terdapat gurau senda di kalangan netizen bahawa harga seliter petrol lebih mahal daripada secawan Nescafe Ais. Lebih baik minum petrol.

Jangan. Ungkapan tersebut sekadar usikan daripada netizen kerana harga minuman dan makanan tidak diturunkan apabila harga pasaran petrol turun, tetapi pantas dinaikkan kurang dalam tempoh 12 jam pengumuman baru harga petrol.

Mungkinkah sudah tiba masanya kita melupakan seketika untuk menonton perlawanan bola sepak secara beramai-ramai dengan sahabat handai.

3. Kesan kepada hasil pendapatan pasukan

Selain daripada sumbangan daripada penaja, hasil penjualan tiket perlawanan juga turut akan menyumbangkan pendapatan kepada persatuan bola sepak di Malaysia. Mari kita lihat hasil kajian terdahulu.

Di Liga Malaysia, penurunan jumlah pendapatan hasil penjualan tiket perlawanan mengalami penurunan sehingga 24% untuk musim 2017 berbanding musim sebelumnya pada 2016.

Kredit: Stubapp

Perhatikan data yang dikongsi oleh Stubapp di atas. Pertandingan 100Plus Liga Premier mengalami penurunan pendapatan tertinggi melalui hasil jualan tiket perlawanan.

Secara keseluruhan, pasukan-pasukan yang bersaing di Liga Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM79.5 juta hasil daripada kegagalan penjualan tiket perlawanan.

Kredit: Stubapp

Bolehkah anda bayangkan apa yang setiap pasukan boleh lakukan dengan nilai kerugian sebesar itu?

Maka dapat kita simpulkan kenaikkan harga petrol akan memberi kesan kepada pasukan di dalam Liga Malaysia secara tidak langsung.

4. Kesan kepada pemain

Kami percaya tidak semua pemain bola sepak di Malaysia mempunyai pendapatan yang mewah. Ada juga di antara mereka mempunyai pendapatan seperti anda dan saya.

Jika  harga barang dan kos perkhidmatan di pasaran meningkat akibat kesan kenaikkan minyak, sudah tentu ia akan memberi peningkatan terhadap kos hidup secara keseluruhan.

Kredit: Pemilik gambar

Seperti anda dan saya, pemain bola sepak juga merupakan rakyat biasa.  Jika kita berharap kepada majikan masing-masing, pemain dan pegawai pasukan akan bergantung sepenuhnya kepada persatuan bola sepak masing-masing.

Jika pihak persatuan memenuhi tuntutan pemain, ia dirisaukan akan memberi impak kepada dana yang dimiliki oleh persatuan yang rata-rata di Malaysia adalah terhad.

Kredit: SelangorKini

Kemudian akan timbul isu kelewatan pembayaran gaji pemain dan pegawai. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat di dalam persekitaran bola sepak tanah air.

Selain daripada menjejaskan prestasi pemain, perkara yang lebih merunsingkan kita ialah pemain-pemain ini akan terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti mengatur perlawanan kerana desakan hidup.

Rumusan: Merosakkan industri bola sepak negara

Secara keseluruhan, kita boleh simpulkan bahawa kenaikkan harga minyak boleh menggugat industri bola sepak negara. Anda bersetuju dengan fakta ini?

Kongsikan di wall Facebook masing-masing. Siapa tahu? Pada masa hadapan bola sepak turut boleh menerima inisiatif khas daripada Bajet negara.

 

Nota editor: Penulisan di dalam artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN