Torres Nikmati Detik Di Liverpool, Anggap Messi Tiada Tandingan

Fernando Torres telah menghadiri satu sesi temu ramah dengan beberapa sesi yang agak panas dengan Radio Marca. Ianya pasti alter-ego yang peminat akan dengar daripada Fernando Torres.

Marca: Pandangan tentang isu Atleti melaporkan Barcelona yang main pintu belakang mahu mendapatkan Griezmann

Torres: Bukan rahsia lagi, ianya selalu berlaku, bukan saya yang kata. Kalau boleh saya nak Griezmann kekal dengan Atletico. Atletico pastinya mahu mengekalkan pemain terbaik mereka.

Marca: Detik paling sukar dalam karier?

Torres: Detik saya bermain ketika final Milan, bagaimana ia boleh berlaku? Bagaimana gol anda (Real Madrid) itu dikira? Dan tak lupa, ramai orang yang sedih bercampur bangga ketika itu.

Marca: Masa depan anda?

Torres: Saya mahu kekal di sini selamanya. Masih ada setengah tahun kontrak dan saya tidak mampu menentukan masa depan saya.

Marca: Permainan Atleti dituduh membosankan

Torres: Sebab bermain dengan cara bosanlah Atleti menang dan kami berada di atas anda. Apabila kami bermain cantik dan tak menang, ramai pula yang minta kami utamakan kemenangan.

Marca: Kehadiran Costa dan Vitolo

Torres: Kehadiran Diego dan Vitolo sangat penting untuk meningkatkan kualiti kami. Mereka telah mengorbankan 6 bulan mereka demi Atleti. Itu adalah komitmen.

Marca: Boleh menang tak lawan Espanyol Jumaat ini?

Torres: Saya tidak kisah tentang keputusan Jumaat ini. Paling penting saya nak yang terbaik untuk pasukan. Yang lain itu tolak ke belakang.

Marca: Messi atau Ronaldo?

Torres: Messi adalah yang terbaik. Saya tidak nampak ada pemain yang lebih baik daripada beliau dan saya rasa Messi sendiri melihat benda yang sama.

Jika dibandingkan Messi dan Ronaldo, Messi menguasai segala aspek dalam permainan, namun Cristiano juga telah melakukan banyak perkara.

Lihat apa yang Cristiano telah lakukan di era Messi, anda harus memberikan Cristiano kredit. Messi yang terbaik dan saya tak nampak ada pemain yang setaraf beliau.

Marca: Piala Dunia Afrika Selatan

Torres: Salah satu perkara yang paling membanggakan dalam karier saya adalah bermain di Piala Dunia terutama sekali ketika itu saya dalam proses pemulihan kecederaan.

Saya rasa bertuah menyertai pasukan yang bermain di Afrika Selatan. Saya banyak melangkau proses pemulihan demi untuk ke sana.”

Marca: Persamaan Simeone dan Aragones

Torres: Kedua-duanya mahu menang dan mereka mahukan perkara yang dilakukan di dalam latihan dilakukan di dalam perlawanan sebenar. Jika anda mensasarkan untuk menang, anda akan sentiasa hampir dengan kemenangan.

Marca: Pandangan tentang VAR

Torres: Kalau Hawk Eye (goal line technology) saya rasa ia satu keperluan, tetapi VAR, saya tak suka. Ada kalanya ia bagus kalau ia hanya mengambil 15 saat untuk menentukan sesuatu keadaan. Tetapi kalau sampai 3 minit, ia teruk.

Marca: Persaraan

Torres: Saya tak nak memikirkan perkara itu buat masa ini. Saya masih tak mampu bayangkan hidup saya tanpa bermain bola sepak.

Marca: Gelaran El Nino (budak)

Torres: Ketika saya bermain bola sepak dengan orang dewasa di kawasan saya, mereka panggil saya budak kerana dahulu mereka tak tahu nama saya. Nama itu terus kekal dengan saya.

Marca: Siapa yang anda ikuti?

Torres: Ketika saya menyaksikan Thiery Henry, saya melihat dengan mulut ternganga. Itu adalah rujukan saya. Tetapi saya banyak belajar daripada Raul.

Saya rasa sangat suka dengan Raul kerana dia banyak membantu saya dan mengajar saya banyak perkara. Saya juga belajar banyak perkara daripada Aguilera, from Toni, Xabi Alonso, Mascherano, dan Pepe Reina.

Marca: Detik bersama Liverpool

Torres: Detik yang paling saya nikmati adalah ketika di sana, Liverpool. Ia masa yang hebat, mungkin untuk bola sepak, saya paling menikmati masa di sana.

Saya bertemu dengan pemain seperti Gerrard, sesuatu yang saya tidak pernah nampak sebelum ini yang akan melengkapkan saya.

Kuyt pernah berkata kepada saya ketika saya baru pulih daripada kecederaan, ‘jika awak tak dapat berlari, biar saya berlari untuk awak’.

Marca: Adakah anda akan bermain untuk Real Madrid?

Torres: Madrid yang satu lagi? Tak akan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN