Kerana Enggan Isi Slot, Pahang FA Tidak Boleh Mohon Lesen AFC Selama 2 Musim

Mesyuarat Jawatankuasa FAM kali ke-4 telah berlangsung pada 20 September 2017. Dan antara pasukan yang dikenakan tindakan ialah Pahang.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Pahang enggan mengisi slot Piala AFC seperti yang telah diarahkan oleh FAM-FMLLP sebelum ini. Pahang diberikan slot itu selepas Kedah yang merupakan juara Piala FA 2017 tidak memiliki lesen AFC.

Namun begitu, PBNP memberitahu mereka mahu menumpukan kepada saingan domestik sahaja pada musim 2018.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Exco FAM beberapa minggu lalu, Presiden FAM memberitahu baginda menyerahkan urusan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib.

Ini selepas ada wakil media bertanya, adakah Pahang bakal dikenakan tindakan oleh FAM kerana penolakan itu. Dalam siaran rasmi FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh, mereka menyatakan pasukan Pahang dikenakan tindakan atas butiran berikut:

Kesalahan:

Melanggar Artikel 14 Statut FAM* akibat daripada tindakan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam pertandingan Piala AFC 2018 walaupun telah diarahkan oleh FAM untuk berbuat demikian melalui surat bertarikh 24 November 2017 yang mengarahkan pasukan Pahang melalui Persatuan Bolasepak Pahang untuk membuat pendaftaran menyertai ’AFC Club Competition’ / Piala AFC 2018.

Hal ini kerana pasukan Pahang menduduki tangga ke-2 dalam Liga Super 2017 dan pada masa yang sama telah memohon dan diberikan kelulusan Lesen Kelab AFC adalah layak dan boleh bermain di dalam Piala AFC 2018. Walau bagaimanapun, pasukan Pahang masih enggan atau gagal untuk berbuat demikian sehinggalah tarikh akhir yang diberikan iaitu pada 30 November 2017.

Artikel 14 Statut FAM – Obligasi Ahli

1. Ahli mempunyai obligasi berikut:

i) Untuk mematuhi sepenuhnya Statut, Peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa dan untuk memastikan perkara ini juga dipatuhi oleh Ahlinya;

2. Pelanggaran obligasi yang dinyatakan di atas oleh mana-mana Ahli boleh menyebabkan tindakan diambil seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Hukuman:

Persatuan Bolasepak Pahang dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019 bagi menyertai ‘AFC Club Competition’ tahun 2019 dan 2020; serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN