Pep Guardiola Takut Dengan Kecederaan Teruk Laporte

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui dirinya takut dengan situasi menimpa pemain pertahanannya iaitu Aymeric Laporte semalam.

Bercakap kepada wartawan di sidang media pasca-perlawanan, Guardiola berkata yang kini beliau hanya menantikan laporan dari pihak hospital mengenai kecederaan pemainnya itu.

“Saya rasa Aymeric Laporte kini sedang berada di hospital, dan ianya nampak tidak begitu baik (kecederaannya) tetapi saya tidak tahu keseluruhan mengenai perkara itu.”

“Malam ini (malam semalam) atau esok (hari ini) baru kita akan tahu macam mana keadaan beliau yang sebenarnya.”

Dalam masa yang sama, Guardiola mengatakan yang beliau berharap kecederaan yang dialami Laporte tidak akan begitu teruk seperti mana yang dialami oleh Leroy Sane.

Gambar: Goal

Kecederaan Laporte merupakan sebahagian daripada intipati aksi antara Manchester City dan juga Brighton & Hove Albion di Etihad Stadium semalam.

Mereka berjaya menjaringkan empat gol untuk terus mengejar Liverpool yang berjaya menewaskan Burnley selepas itu di Turf Moor.

Kevin De Bryune dan juga Bernardo Silva menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah dengan pemain antarabangsa Belgium itu menggegar jaring selepas 68 saat permainan.

Dua lagi gol disumbangkan oleh penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut iaitu Sergio Aguero.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN