Frank Lampard Pertahan Keputusan Bawa Masuk Billy Gilmour

Chelsea

Ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard telah mempertahankan keputusannya untuk membawa masuk pemain muda, Billy Gilmour ketika pasukannya seri 2-2 dengan Sheffield United.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, Lampard mengatakan yang pertukaran itu dilakukan untuk menggantikan pemain yang jelas keletihan.

“Ianyanya bukannya satu pertukaran yang berani mati kerana ia dilakukan untuk gantikan seorang pemain dengan pemain lain dari posisi yang sama.”

“Mateo Kovacic kelihatan amat penat dan Billy Gilmour merupakan satu-satunya pemain tengah yang saya ada di bangku simpanan.”

Gilmour yang baru berusia 18 tahun masuk menggantikan Mateo Kovacic dalam fasa 10 minit terakhir permainan ketika proses pertukaran dilakukan.

Lampard berkata pemain muda berdarah Scotland itu mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi bintang pasukan Chelsea satu hari nanti.

“Saya punya kepercayaan terhadap Gilmour untuk terus maju, saya rasakan beliau ada masa depan yang cukup besar.”

Dalam masa yang sama, Lampard juga mengatakan yang dirinya tidak terlalu bodoh untuk menganggap tiga mata sudah menjadi milik mereka apabila mendahului 2-1 di 10 minit terakhir.

Mereka bagaimana pun memboloskan gol sendiri pada minit ke-89 hasil sentuhan Kurt Zouma untuk berikan satu mata yang cukup berharga buat pasukan pelawat.

Leave a Reply