Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bahawa para peminat tidak boleh mengharapkan pasukannya mampu meraih kemenangan pada setiap perlawanan yang dihadapi.
Kenyataan tersebut ada asasnya selepas The Cityzens kecundang 2-3 ditangan pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City pada aksi di Carrow Road.
Kekalahan itu menjadi tamparan hebat buat Manchester City apabila Liverpool terus mencatatkan kemenangan selepas menundukkan Newcastle United dengan keputusan 3-1.
”Saya tahu bahawa kami adalah sebagai satu pasukan.Saya tahu apa yang mereka lakukan, apa yang akan kita lakukan semula.”
”Ia merupakan satu penghormatan dan keseronokan dapat bersama dengan mereka [pemain Manchester City]. Ini merupakan cabaran di peringkat tertinggi.”
”Orang ramai tidak boleh mengharapkan kami akan memenangi perlawanan dan mendapat 100 mata pada setiap masa. Kami akan pulih, akan beraksi di Eropah dan kami akan kembali bangkit,” ujar Guardiola bercakap kepada Sky Sports.
Pada pertembungan awal pagi tadi, jaringan daripada Sergio Aguero dan Rodrigo gagal menghalang kemenangan Norwich City yang dibantu gol dihasilkan Kenny McLean, Todd Cantwell dan peledak berbisa The Canaries, Teemu Pukki.