Zinedine Zidane: James Rodriguez Telah Buktikan Kualitinya

James Rodriguez

Kerapuhan benteng pertahanan Real Madrid tidak begitu membimbangkan Zinedine Zidane kerana beliau yakin kelemahan bahagian itu mampu diatasi dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Fokus ketua jurulatih Real Madrid itu kini tertumpu pada pemain yang sebelum ini tidak begitu digemarinya iaitu James Rodriguez.

Kemenangan ke atas Levante pada Sabtu menyaksikan James bermain dengan baik terutama pada separuh masa pertama. Beliau juga turut menyumbang satu bantuan jaringan untuk gol kedua Karim Benzema.

Jurulatih kelahiran Perancis itu tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya dan memuji aksi pemain antarabangsa Colombia itu secara terbuka – yang mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Dia [James] telah membuktikan yang dia adalah pemain yang bagus,” kata Zidane semasa temuramah dalam sidang media selepas perlawanan.

“Dia mempunyai kualiti kemahiran yang tinggi, tetapi dia masih ada sedikit kekurangan dari sudut fizikal. Dia telah memberikan segalanya semasa di atas padang dan saya sangat gembira.”

Kredit Foto: Real Madrid

Real Madrid mendahului Levante 3-0 pada separuh masa pertama. Kemudian kedudukan menjadi 3-2 dan kemenangan mereka hampir diragut namun diselamatkan Thibaut Courtois yang menepis cubaan Levante pada penghujung perlawanan.

“Bahagian itu [pertahanan] tidak terlalu membimbangkan saya, tetapi kita perlu segera perbaikinya.” jelas jurulatih berusia 47 tahun itu.

“Ia tidak menjadi masalah sekiranya pasukan ini menjaringkan banyak gol dan kurang dibolosi.”

Mengenai rumusan keseluruhan prestasi pasukannya dalam perlawanan itu, Zidane menyeru pemainnya untuk mengekalkan tahap dan corak pemainan yang dipamerkan pada separuh masa pertama yang menyaksikan mereka selesa mendahului dengan tiga gol.

“Separuh masa kedua lebih rumit. Apabila pasukan lawan menjaringkan gol awal [babak kedua], ia menyukarkan keadaan.

“Tetapi kami tetap lega dengan keputusan ini.ย  Babak pertama itu sangat menakjubkan. Kami peroleh gol serta bermain dengan baik dan penuh kreativiti. Perlawanan akan datang kami perlu cuba untuk kekalkan tempo itu untuk 90 minit masa permainan.”

Eden Hazard yang membuat debut La Liga untuk Los Blancos turut mendapat komen Zidane.

“Dia [Hazard] sangat apabila mendapat bola, tetapi apa yang perlu dia lakukan adalah berlatih lebih banyak lagi. Dia cuma sempat berlatih empat kali sahaja bersama rakan sepasukan lain.”

Tugas berat menanti Zidane memandangkan aksi pembukaan Real Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, mereka dijadualkan bertemu Paris Saint-Germain di Parc des Princes pada awal pagi Khamis ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN