Xhaka: ‘Kami Gembira Bawa 1 Mata, Selepas Takut Dengan Watford’

Kapten Arsenal, Granit Xhaka berpendapat, Arsenal patut gembira dengan 1 mata. Ini kerana Arsenal beraksi dengan peraaan terlalu takut pada separuh masa kedua.

Arsenal mendahului 2 gol pada separuh masa pertama menerusi – watak biasa – Pierre Emerick-Aubameyang.

Namun pada separuh masa kedua, Arsenal beraksi dengan sangat teruk dan membenarkan Watford berterusan menyerang.

Watford harus menyalahkan diri mereka sendiri gagal menang ke atas Arsenal dalam perlawanan ini. Anda bayangkan, Watford mencetak 31 percubaan gol dalam aksi ini.

Kualiti penyudah Watford membuatkan mereka hanya menjaringkan 2 gol menerusi Tom Cleverley dan juga penalti oleh Roberto Pereyra.

Kedua-dua gol tersebut adalah kerana kesilapan individu. Yang pertama adalah kesilapan Sokratis yang hantarannya dipintas oleh pemain lawan.

Gol kedua adalah penalti, selepas kesilapan defensif oleh David Luiz.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Xhaka berkata:

“Kami bermain baik pada separuh masa pertama. Kami bermain dengan cara kami, bermain sebagai satu pasukan, dan mendahului 2 gol.”

“Masuk separuh masa kedua, segalanya serba tidak kena. Kami beraksi dalam ketakutan, dan tidak seorang pun mahukan bola.”

“Kami tahu, mereka akan cuba mengejar kami dan menekan kami bermati-matian. Namun, kita harus menonjolkan karakter sebenar dan tidak takut.”

“Setiap pasukan dalam EPL ini cukup kuat untuk menjaringkan gol ke atas mana-mana lawan mereka. Oleh itu, kamu harus tenang, kuat secara mental. Namun kami tidak ada kekuatan itu hari ini.”

“Anda harus akui bahawa kami gembira untuk membawa pulang 1 mata.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN