Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan City akan melakukan apa sahaja untuk mara seterusnya dalam saingan Liga Juara -Juara selepas memperlihatkan kualiti serangan mereka sepanjang musim ini.
City mesti mengatasi defisit 3-0 pada aksi pertama apabila menanti Liverpool untuk perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini, apabila melepaskan tiga gol dalam 19 minit babak pertama di Anfield, minggu lalu.
“Sudah tentu, untuk mara seterusnya anda perlu hampir bermain sempurna – mencipta banyak peluang, klinikal dan hanya terlepas beberapa peluang.
“Semua kondisi ini perlu sempurna untuk layak seterusnya.
“Tapi anda ada 90 minit lagi dan dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Kami akan cuba dan sama-sama kita lihat nanti.
“Kami perlu menjaringkan gol pertama, kemudian terus mencari gol kedua. Kita akan lihat. Kami perlukan momentum.
“Kami perlu fokus dengan apa yang kami lakukan. Jika kami terbolos satu gol, jangan cepat mengalah.
“Kami telah lakukannya banyak kali, dalam masa singkat kami boleh mencipta banyak peluang dan selepas itu anda perlu klinikal. Jika kami tidak klinikal pada permulan, baik, lakukan seterusnya, dan seterusnya.”
City mengalami minggu yang buruk, dengan kalah 3-2 dalam derbi Manchester selepas tewas 3-0 di Anfield dalam perlawanan pertama suku akhir kejuaraan Eropah.
Ia merupakan pertama kali dalam musim ini, City kalah dua kali berturut-turut, memberi lebih penting perlawanan malam Rabu ini.
Namun Guardiola berkata yang beliau gembira dengan para pemainnya, terutamanya dengan cara mereka terus mencari peluang menjaringkan gol selepas ditinggalkan United dalam perlawanan terakhir.
“Untuk berjaya ke separuh akhir buat kali kedua ia akan jadi sejarah indah kelab kami, saya tidak perlu membicarkan tentang betapa indahnya ia.
” Kami perlu merangkul kejuaraan di Eropah, dimana ia sukar, tapi untuk melakukannya orang ramai perlu faham. Mengalahkan Barcelona musim lalu istimewa kerana mereka antara pasukan terbaik dunia, lambat laun ia akan berlaku.
“Mungkin tidak esok tapi kelab ini telah lakukan banyak perkara semenjak sepuluh tahun ini, segala fasiliti, keinginan untuk menjadikannya ia berlaku, ia akan berlaku. Jika tidak musim ini, mungkin musim seterusnya, tapi lambat laun ia akan berlaku.
“Para pemain telah tunjukkan dalam setiap perlawanan apa yang mereka ingin lakukan. Saya tahu anda hanya menilai keputusan perlawanan, tapi persembahan permainan? Pasukan saya luar biasa, Menakjubkan.
“Ia satu keseronokan menjadi pengurus pasukan ini, saya amat berbesar hati.
“Selepas gol-gol menentang United, kami masih mencipta banyak peluang. Saya amat gembira kalah dengan cara yang telah kami lakukan.
“Saya tidak mahu kalah, dan kami merasa sedih kerana kami mahu jadi juara. Tapi cara kami telah bermain, malah ketika kalah 3-2, ia amat hebat.
“Saya sungguh gembira. Saya tidak boleh ulas lebih lanjut tentangnya.” katanya.