Calon Presiden FAM: Datuk Hamidin Dapat Sokongan Daripada 18 Ahli Gabungan

Hamidin

Sekurang-kurangnya 18 daripada 20 ahli gabungan telah mencalonkan setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk jawatan Presiden FAM yang akan dipertandingkan pada Kong­res FAM Julai depan.

Itu bermakna beliau dijangka menang tanpa bertanding selepas majoriti ahli-ahli gabungan FAM telah perkenan dan bersedia untuk membantu Hamidin meneruskan tugas yang ditinggalkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi memartabatkan pasukan kebangsaan serta bola sepak tempatan.

“Hamidin dijang­ka menang tanpa bertanding (jawatan Presiden FAM) pada Kongres FAM akan datang selepas majoriti 18 ahli gabungan FAM telah menca­lonkan nama beliau untuk jawatan itu.

“Ini menunjukkan Hamidin memiliki reputasi cukup besar dan mendapat kepercayaan da­ripada pelbagai pihak termasuk Tunku Ismail.

“Hanya dua ahli gabungan yang belum memberikan borang pencalonan tetapi de­ngan 18 pencalonan itu sudah membukti­kan bahawa Hamidin mungkin sudah menang tanpa bertan­ding,” kata sumber FAM kepada Kos­mo.

Setakat ini masih tiada mana-mana in­­dividu yang dicalonkan daripada ahli-ahli gabungan FAM untuk bertanding merebut jawatan Pre­siden FAM.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi menegaskan ia akan menjadi tindakan sia-sia jika ada individu berminat untuk bertanding dengan Hamidin.

Ini kerana Yusoff menganggap kewibawaan serta pengalaman luas Hamidin di dalam bola sepak tempatan antara faktor utama Tunku Ismail menaruh kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Presiden FAM baharu.

“Saya harap keputusan sebulat suara Exco FAM menyokong Hamidin telah memberi isyarat. Kalau ada yang berhasrat menawarkan diri (bertanding Pre­siden FAM), saya harap mereka memikirkan isyarat jelas Exco FAM bagi memastikan saranan Tunku Ismail melicinkan proses, berjalan tersusun dan tiada apa-apa kemelut,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN