Sebelum ini Arrigo Sacchi memberitahu media bahawa beliau pernah mencadangkan AC Milan untuk mendapatkan Maurizio Sarri sebagai pengurus kerana kualiti taktika pengurus tersebut.
Tetapi Milan tidak melayan pandangan itu dan melantik Montella. Pada beberapa minggu yang lalu, Sacchi memberitahu media bahawa, bola sepak yang dipersembahkan City di bawah Guardiola sebagai luar biasa.
Sacchi memberitahu:
“Pep Guardiola telah membuatkan City bermain ‘Total Football’ ke tahap yang baru.”
Dalam satu temu ramah dengan wartawan, Guardiola memberitahu yang beliau meluangkan masa sehingga 10 hari rehat antarabangsa kali ini untuk menyaksikan cara Napoli bermain.
https://www.youtube.com/watch?v=jXGpLgSWa3A
Pengendali Sepanyol itu ternyata takjub dengan sistem pressing yang dimiliki oleh Napoli. Beliau berkata dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Stoke:
“Rasanya kami ada masa yang cukup untuk memperbaiki diri kami. Selepas ini kami ada perlawanan UCL yang penting menentang (Napoli) salah satu pasukan terbaik, pada pandangan saya.”
“Dalam masa 10 hari ini saya berpeluang menyaksikan banyak perlawanan Napoli. Saya kagum.”
“Saya melihat cara mereka bermain, cara mereka membina gerakan, konstruksi. Tiada pasukan di Eropah yang lebih baik daripada Napoli dalam melakukan binaan serangan dengan menyimpan bola dari Pepe Reina ke bahagian serangan.”
“Oleh itu, sangat penting untuk kita cuba mengekalkan momentum kami dalam perlawanan menentang Stoke.”
Napoli ketika ini berada di tangga teratas Serie A. Maurizio Sarri telah membuatkan ramai penganalisis taktikal kagum dengan corak bola sepak beliau.
4 hari yang lalu, Presiden Napoli berseloroh memberitahu, beliau tidak sanggup melepaskan Sarri ke kelab lain walaupun ditukar dengan Guardiola.