Derbi Barat Laut: Pertembungan ‘Titanic’ Bola Sepak Inggeris!

Northwest Derby ataupun translasi langsungnya Derbi Barat Laut masih menjadi perlawanan yang terbesar dalam bola sepak dunia.

Pada Mac 2015, seramai 700 juta penonton yang menyaksikan perlawanan ini. Ia jauh lebih tinggi berbanding dengan El-Clasico pada Mac 2015 dengan 400-500 juta tontonan. Manakala final UCL pada Jun hanya 180 juta tontonan.

Tahun lalu pertemuan di antara kedua-dua buah pasukan merekodkan 901 juta penonton daripada seluruh dunia.

Ini sudah cukup untuk menyimpulkan perlawanan ini paling menjadi tumpuan di dunia dan paling banyak membuatkan manusia meninggalkan apa jua mereka lakukan untuk tempoh 90 minit.

Permusuhan Titanic Inggeris

Titanic adalah satu frasa yang digunakan oleh orang Inggeris untuk menggambarkan sesuatu yang sangat besar.

198 pertemuan direkodkan membabitkan kedua-dua kelab. Liverpool memenangi 65, seri 54 kali dan baki 79 perlawanan dimenangi oleh Manchester United.

Ryan Giggs adalah pemain dengan rekod penampilan terbanyak dengan 48 perlawanan manakala Steven Gerrard adalah penjaring gol terbanyak di antara kedua-dua kelab dengan 9 gol direkodkan.

Itulah adalah statistik ringkas pertemuan dua kelab paling berjaya di England. Ia dianggap derbi meskipun 2 kelab ini bukan berjiran.

Mandatory Credit: Gary MPrior/Allsport

Bukan Sekadar Permusuhan(Rivalries), Ia Adalah Derbi!

Ini kerana kedua-dua pihak saling menganggap perlawanan ini ada ciri-ciri derbi yang kuat. Jadi ia adalah derbi antara bandar (inter-city derby).

Sir Alex Ferguson enggan menggunakan istilah ‘rivalry’ sahaja kerana bagi beliau inilah derbi utama mereka.

Mandatory Credit: Tony Duffy/Allsport

Walaupun Manchester City adalah kelab setempat bagi United, ia tidak sehebat derbi ini.

Ia setanding dengan derbi lain di dunia seperti El-Clasico di Sepanyol, Superclasico di Amerika Selatan mahupun derby Dolla Madonnina, Italy.

Pada Final Piala FA 1977, ketika anak buah Bob Paisley tewas 1-2 kepada Man Utd, pengurus legenda Liverpool tersebut dikerumuni oleh penyokong United.

(Photo by PA Images via Getty Images)

Ianya sebagai tanda sokongan kepada Liverpool yang akan beraksi di Final UEFA Champions League.

Suasana yang sukar kita dapati pada hari ini selepas empat dekad berlalu.

Derbi Panas

Apakah penyebab sehingga kedua-dua kelab terulung bola sepak Inggeris itu berseteru sehingga singgah kepada kebencian?

Dua bandar ini hanya dipisahkan dengan jarak 56km. Perseteruan di antara dua bandar ini bermula sejak kurun ke-18 dan meliputi sektor budaya, ekonomi, sains dan setiap aspek yang melibatkan perkembangan tamadun sesebuah masyarakat.

(Photo credit should read GERRY PENNY/AFP/Getty Images)

Sukan bola sepak berasal daripada England. Maka tidak hairanlah bola sepak menjadi satu budaya bagi masyarakat Inggeris. Ketaksuban mengejar “supremacy” kini berpindah ke dalam sukan bola sepak.

Anfield dan Old Trafford menjadi medan menyambung kehebatan di antara dua bandar utama yang pernah menjadi nadi ekonomi negara kelahiran Shakespeare dan The Beatles.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images

Terlalu banyak insiden membabitkan kedua-dua buah kelab sama ada di kalangan penyokong maupun pemain .

Siapa boleh lupa insiden seorang penyokong Liverpool meludah Eric Cantona dan kemudian cuba menumbuk pengurus Alex Ferguson ketika sedang naik ke pentas utama selepas perlawanan akhir Piala FA 1996, kontroversi Suarez-Evra berkenaan isu perkauman dan banyak lagi.

Aspirasi dan Prestasi Semasa

Lupakan sebentar sejarah hebat dan insiden buruk yang pernah terjadi. Minggu ini akan menemukan kembali kedua-dua buah kelab untuk kali ke-199 dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Situasi kali ini mungkin berbeza dengan saingan pada musim lalu apabila kedua-dua buah kelab mencatatkan dua keputusan seri.

Anak buah Juergen Klopp berada di kedudukan ke-7 liga. Prestasi semasa di bahagian pertahanan sering menjadi masalah kepada mereka sejak beberapa musim- isu yang gagal diselesaikan Klopp walaupun selepas 2 musim.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Kegagalan jentera serangan Liverpool menyudahkan peluang dalam beberapa perlawanan turut merisaukan Klopp. Apatah lagi Klopp turut kehilangan Sadio Mane selepas mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa bersama Senegal.

Jose Mourinho turut mempunyai isu kecederaan yang sama. Paul Pogba dan juga Marouane Fellaini adalah 2 pemain yang sudah disahkan tidak akan berada di dalam skuad ke Anfield.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Manakala Romelu Lukaku dan pemain pertahanan antarabangsa England yang cemerlang setakat ini turut meragukan untuk diturunkan dalam perlawanan pada malam esok.

Jangan nafikannya!

Bagi anak buah Jose Mourinho, rentak kemenangan berterusan pasti ingin dikekalkan untuk terus bersaing dengan Manchester City dan Tottenham Hotspur khususnya untuk terus berada di kemuncak liga.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Manakala Liverpool pasti tidak mahu dinafikan sebagai antara pencabar utama untuk kejuaraan EPL seawal 8 perlawanan. Kemenangan adalah penting untuk mengelakkan mereka tidak terus tercicir mata.

Siapa pun yang mengikuti perkembangan kelab dari Manchester ini pasti tahu akan kejayaan-kejayaan dramatik yang pernah mereka capai. Siapa tahu, kisah dramatik itu akan berulang kembali musim ini?

Satu perkara yang pasti, Liverpool tidak rela melepaskan mata di gelanggang sendiri setelah seri di Anfield pada musim lalu.

Jangan Lupa Saksikan Derbi Barat Laut!

Apakah signifikasi perlawanan hari ini buat kedua-dua pasukan?

Konsistensi pasti sesuatu yang ingin dibuktikan Mourinho. Manakala Klopp pasti mahu mendiamkan pengkritik yang mulai mempersoalkan falsafah bola sepak yang telah diterapkan sejak 2 musim lalu di kelab Merseyside itu.

Siapa tahu, perlawanan ini akan menjadi “turning point” untuk keseluruhan musim kedua-dua kelab seteru ini. Jangan lupa pada hari ini, jam 7.30 malam adalah temujanji kita.

Anda pro-Manchester United, pro-Liverpool atau tidak, perlawanan ini sudah pasti antara perlawanan dalam kalendar tontonan anda. Lebih meriah kalau di mamak.

Ingat! ‘We Are Rivals, Not Enemies’

Leave a Reply