Pep Guardiola Buat Gabriel Jesus Menangis Punca Pemain Itu Sertai Arsenal

Gabriel Jesus

Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus mendedahkan cerita yang menyakitkan hatinya apabila dirinya dilukai oleh bekas pengurusnya iaitu Pep Guardiola ketika berada di Manchester City.

Hal ini kerana, Jesus yang sentiasa menjadi pilihan kedua bagi jawatan penyerang di City telah dirobek hatinya oleh Guardiola pada satu perlawanan UEFA Champions League (UCL).

Menurut pendedahan Jesus di ESPN, pemain itu mengatakan yang Guardiola sanggup meletakkan pemain pertahanan di bahagian serangan pada aksi penting menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada 2021.

Apa yang begitu mengecewakan Jesus adalah semasa latihan sebelum bertemu PSG, Guardiola melatih pasukan dengan meletakkan pemain itu sebagai penyerang. Tahu-tahu, pengurus tersebut memilih orang lain pula.

Siapakah orang itu? Namanya adalah Oleksandr Zinchenko – seorang pertahanan kiri.

“Ada satu perlawanan UCL itu menentang PSG di laman sendiri, dia [Guardiola] meletakkan Zinchenko pada posisi sembilan jadian [false nine]. Gila betul.

“Sehari sebelumnya, dia tak gunakan pun Zinchenko ketika latihan, dia letakkan saya di bahagian serangan. Zinchenko siap cakap lagi yang dia rasa bersalah dengan saya,” kata Jesus.

Rajuk di hati Jesus bermula ketika beberapa jam sebelum perlawanan selepas mengetahui Guardiola meletakkannya di bangku simpanan.

Beliau memilih untuk menjauhkan diri daripada pasukan dan mengurung jasadnya dalam bilik sahaja sambil menangis mengenangkan nasibnya ibarat terbuang di City.

“Dua jam sebelum perlawanan, ada sesi bersama pasukan, sesi makan, rehat selama 30 minit dan pergi ke perlawanan. Bila dia umumkan skuad [yang beraksi], saya tak makan, saya terus ke bilik dan menangis.

“Saya hubungi ibu saya dan katakan yang saya nak tinggalkan pasukan, saya nak balik rumah kerana dia meletakkan Zinchenko dan tak letakkan saya. Dia letakkan pertahanan kiri [di bahagian serangan], saya jadi gila,” ujar Jesus.

Jesus yang kemudiannya dimasukkan juga oleh Guardiola menggantikan Zinchenko beraksi dengan cemerlang apabila melakukan satu bantuan jaringan dan menghasilkan satu gol untuk memberikan kemenangan 2-1 buat City.

Lebih menarik, Jesus mengatakan yang beliau langsung tidak memanaskan badan sebelum dimasukkan pada separuh masa kedua.

Selepas akhirnya meninggalkan City dengan menyertai Arsenal, Jesus berasakan yang dirinya kini bebas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN