Penang Miliki Peluang Besar Untuk ‘Ratah’ Kelantan Di Laman Sendiri

Penang dilihat sebagai salah satu pasukan yang memiliki potensi besar untuk meraih kemenangan pada perlawanan malam ini dalam saingan Liga Super 2023.

Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, Penang bakal melayan kunjungan Kelantan The Red Warriors (TRW) dalam misi untuk mendapatkan tiga mata penuh selepas terikat seri pada aksi lalu.

Pada aksi terdahulu, Penang sekadar terikat seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi bersama aksi kurang memuaskan di posisi serangan.

Pastinya untuk perlawanan kali ini, pengendali Penang iaitu Manzoor Azwira mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan Penang kembali meraih kemenangan dirindui para penyokong.

Apa tidaknya, kali terakhir Penang mencatat kemenangan ialah pada 27 April lalu sewaktu mereka menewaskan Kuching City menerusi keputusan penuh 2-1 di laman sendiri.

Selepas itu, Penang gagal untuk memperoleh tiga mata berharga dalam lima perlawanan Liga Super berturut-turut dengan mencatat tiga kekalahan serta dua kali seri sahaja.

Tampil dengan rombakan besar pada awal musim ini, Penang dilihat menjadi antara pasukan paling tidak konsisten dalam persaingan liga serta memiliki masalah mengekalkan corak pernainan terbaik dalam setiap perlawanan dilalui.

Daripada segi kedudukan semasa dalam carta liga, Penang kini berada di tangga ke-10 menerusi empat kemenangan sahaja diraih selepas terlibat dalam 15 perlawanan.

Pastinya keputusan semasa itu mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan penyokong dan perubahan segera perlu dibuat untuk Penang kembali mendapatkan tiga mata berharga.

Terbaharu, Penang dilaporkan telah mengikat bekas pertahanan kental Perak iaitu Ahmad Haziq Ahmad Puad dalam usaha untuk terus memperkukuhkan jentera pertahanan mereka.

Selain itu, dikhabarkan juga mereka bakal mendapat sentuhan daripada pemain sayap Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Al-Hafiz Harun secara pinjaman pada pertengahan musim ini.

Menentang Kelantan TRW pada malam ini, ianya merupakan peluang terbaik buat Penang untuk kembali mendapatkan kepercayaan penyokong menerusi keputusan positif dicatat.

Umum mengetahui Kelantan TRW kini merupakan antara kelab paling bermasalah dan telah pun kehilangan ramai pemain kunci utama mereka yang menamatkan kontrak dengan lebih awal.

Menerusi gandingan pemain muda digunakan serta saki-baki pemain yang ada sebelum pasukan tersebut menandatangani kontrak tonggak baharu, ianya merupakan peluang besar buat Penang untuk cuba mengambil peluang tersebut dengan mencatat kemenangan.

Gandingan pemain seperti Soony Saad, Rahmat Makasuf, Adriano Narcizo, serta beberapa lagi tonggak lain dijangka akan menghiasi kesebelasan utama Penang dan semua berada dalam keadaan terbaik untuk dibawa turun Manzoor bagi berdepan cabaran Kelantan TRW.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN