JDT Diletakkan Dalam Balang 3 Undian Liga Juara-Juara ACL

Wakil tunggal Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) diletakkan dalam balang 3 (pot 3) bagi undian peringkat kumpulan kejohanan tersebut.

Bakal tampil sekali lagi dalam kejohanan kelab terulung Asia itu, JDT pastinya diharapkan akan melakukan sekali lagi kejutan selepas menghasilkannya pada musim lalu apabila berjaya melepasi dalam peringkat kumpulan.

Namun menyedari kesukaran itu, pastinya JDT perlu bekerja lebih kuat bagi menumbangkan musuh-musuh Asia yang terdiri daripada pelbagai nama-nama bintang.

Menurut laman ASEAN Football, JDT diletakkan dalam balang 3 bersama-sama Hanoi (Vietnam), Kaya Iloilo (Filipina), Lion City Sailors (Singapura) dan Melbourne City (Australia) bagi undian untuk ACL zon Timur.

Dengan itu, JDT tidak akan bertemu dengan mana-mana kelab yang dikatakan tadi kerana diletakkan dalam balang yang sama.

Sebaliknya, JDT berpeluang sekumpulan dengan salah satu daripada dua kelab Thailand apabila Buriram United diletakkan dalam balang 1 manakala Bangkok United pada balang 2.

JDT juga boleh bertemu semula dengan wakil Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai yang juga diletakkan dalam balang 1.

Kesemua balang telah pun lengkap diisi dengan pasukan-pasukan kecuali balang 4 yang cuma dihuni oleh Kitchee SC (Hong Kong).

Hal ini kerana, balang tersebut bakal diisi oleh empat pemenang pusingan playoff  yang akan diketahui kelak. Berikut adalah senarai penuh balang bagi undian ACL zon Timur:

Balang 1:

  • Yokohama F Marinos (Jepun)
  • Jeonbuk Hyundai (Korea Selatan)
  • Wuhan Three Towns (China)
  • Buriram United (Thailand)
  • Ulsan Hyundai (Korea Selatan)

Balang 2:

  • Kawasaki Frontale (Jepun)
  • Ventforet Kofu (Jepun)
  • Shandong Taishan (China)
  • Bangkok United (Thailand)
  • Pohang Steelers (Korea Selatan)

Balang 3:

  • JOHOR DARUL TA’ZIM (MALAYSIA)
  • Hanoi (Vietnam)
  • Kaya Iloilo (Filipina)
  • Lion City Sailors (Singapura)
  • Melbourne City (Australia)

Balang 4:

  • Kitchee SC (Hong Kong)
  • pemenang playoff 1
  • pemenang playoff 2
  • pemenang playoff 3
  • pemenang playoff 4

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN