Kelicikan Adisak Kraisorn Bakal Jadi Pertaruhan Utama Terengganu

Kelibat penyerang lincah Terengganu iaitu Adisak Kraisorn antara menjadi tumpuan penting untuk aksi Liga Super seterusnya berdepan Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Cheras.

Beraksi di gelanggang lawan, pastinya bukan sesuatu yang mudah buat Terengganu untuk terus mengekalkan momentum positif, selepas kejayaan mereka menewaskan Kedah Darul Aman (KDA).

Namun, motivasi pemain ketika ini dilihat berada pada sudut terbaik untuk anak-anak buah Tomislav Steinbruckner cuba mendapatkan mata penting di gelanggang lawan malam ini.

Pada aksi terdahulu menentang Kedah, Sang Penyu tampil tanpa kelibat beberapa pemain utama namun mereka masih berjaya menampilkan corak permainan positif untuk mengatasi Kedah.

Kelibat-kelibat pemain muda Terengganu dilihat berjaya menjalankan tugas dengan sangat baik di segenap posisi termasuk sentuhan positif daripada bintang import.

Aksi Adisak antara yang mendapat tumpuan pada perlawanan tersebut, selepas penyerang itu berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Kedah dengan begitu baik sepanjang aksi berlangsung.

Walaupun tidak meledak sebarang gol, kehadiran Adisak jelas memudahkan rakan sepasukan lain untuk bergerak ke hadapan serta bijak mencari ruang-ruang penting untuk menerima umpanan ke arah gol.

Pastinya ini akan menjadi sesuatu yang perlu diberi tumpuan buat pengendali KL City iaitu Bojan Hodak bagi mengatasi kekuatan dimiliki oleh Adisak untuk mengelak kekalahan berterusan berlaku.

KL City ketika ini pastinya mahu terus bangkit kembali mencatat kemenangan atau mengutip mata penting, setelah mereka ditewaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan 1-6 sebelum itu.

Selain Adisak, KL City juga perlu memberi perhatian kepada beberapa lagi pemain Terengganu yang dianggap berada pada prestasi terbaik kini seperti Sony Norde, Engku Nur Shakir, serta Azam Azmi Murad.

Walaupun tidak begitu konsisten perjalanan Terengganu pada awal musim ini, Steinbruckner dilihat semakin yakin dengan sentuhan beliau menerusi beberapa rombakan dibuat.

Malah, beliau juga pastinya mahu kembali bangkit mengatasi KL City yang sebelum itu menyingkirkan mereka dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Kekalahan pada aksi lalu sudah tentu menjadi pengajaran berguna buat Sang Penyu untuk terus menajamkan serangan mereka berdepan KL City yang sangat ampuh di sudut pertahanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN