‘Ambil Semangat Weghorst’- Mampu Atau Tidak Adisak Kraisorn Ledak Gol Pertama?

Penyerang sensasi Thailand iaitu Adisak Kraisorn masih lagi belum menjelmakan sebarang gol pertama beliau musim ini dalam saingan Liga Super 2023 bersama Terengganu selepas mengharungi tiga perlawanan.

Buat pertama kali beraksi di Malaysia, nama Adisak dianggap cukup besar dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, ekoran aksinya cukup tajam sebelum itu bersama Thailand di pentas antarabangsa.

Tambahan pula, Adisak juga berjaya mempamerkan karakter selaku penyerang dengan cukup baik pada penghujung tahun lalu, ketika beliau bemain dalam kejohanan Piala AFF 2022.

Kehadiran beliau jelas menjadi pengharapan buat para penyokong Sang Penyu untuk membantu barisan hadapan Terengganu bagi mendapatkan gol dalam setiap perlawanan dihadapi.

Namun sesuatu agak mengecewakan, setelah pasukan tersebut masih lagi belum memperoleh sebarang gol dengan Adisak seolah kehilangan punca untuk menemui sentuhan pemusnahnya sehingga kini.

Walaupun namanya tidak begitu dikritik dalam kalangan penyokong yang lebih memberi tumpuan kepada rakan sepasukannya iaitu Ivan Mamut.

Namun, pastinya sedikit sebanyak motivasi Adisak juga dalam keadaan tertekan untuk membuktikan yang terbaik buat para penyokong beliau di Malaysia, khususnya Terengganu.

Adisak mungkin boleh mengambil inspirasi daripada kisah penyerang Manchester United iaitu Wout Weghorst yang buat pertama kali meledak gol pertamanya di Old Trafford musim ini.

Weghorst merupakan antara penyerang United yang mendapat kritikan keras dalam kalangan penyokong sebelum itu, ekoran ketajamannya jelas diragui dalam setiap perlawanan.

Walaubagaimana pun, Weghorst berjaya membuktikannya semalam ketika United bertemu Real Betis, dengan penyerang Belanda itu membuktikan kesabaran beliau membuahkan hasil untuk menemui gol dicari.

Ianya jelas memberi suatu kepuasa buat penyerang ini yang tidak putus-putus berusaha dalam setiap perlawanan dan sumbangannya kali ini menerusi salah satu gol, jelas berbaloi.

Apa perlu dilakukan oleh kejurulatihan ketika ini ialah sentiasa memberi galakan buat para pemain baharu seperti Adisak dan Mamut supaya mereka sentiasa berada dalam motivasi terbaik sebelum menghadapi perlawanan.

Perjalanan liga juga masih lagi sangat panjang untuk Adisak membuktikan segalanya buat para penyokong di Malaysia menerusi gol yang dicari-cari.

Aksi malam ini bertemu PDRM pastinya ingin dibuktikan oleh beliau, mengenai tindakan Terengganu memilih dirinya musim ini selaku penyerang utama ialah tepat.

Terengganu bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan malam ini untuk melayan kunjungan pasukan pelawat iaitu PDRM yang masih lagi segar dengan kejayaan mereka sebelum itu ketika menewaskan Kedah Darul Aman (Kedah), di Alor Setar.

Menerusi kedudukan semasa dalam carta liga, Terengganu berada di tangga tercorot untuk mengutip satu mata sahaja daripada tiga perlawanan dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN