Pep Guardiola menjawab persoalan dari wartawan yang bertanya kepadanya tentang mengapa beliau tidak pernah dipecat sepanjang kariernya sebagai pengurus.
Musim lalu, Pep Guardiola berjaya memimpin Manchester City untuk memenangi gelaran treble dengan menjulang kejuaraan Premier League, FA Cup dan Champions League.
Ia merupakan gelaran Champions League pertama yang dimenangi oleh Manchester City dan jelas sekali ia bakal terus dikenang dalam catatan sejarah kelab.
Pep Guardiola says the reason he's never been sacked is not because his "hair is better than the other managers". pic.twitter.com/khfWrwNeXj
— City Report (@cityreport_) April 7, 2023
Guardiola sememangnya dianggap sebagai antara pengurus terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.
Sebelum ini, Pep Guardiola pernah ditanya tentang apa alasan beliau tidak pernah dipecat sebagai pengurus.
Bekas pengurus Bayern Munich dan Barcelona itu kemudiannya menjawab:
“Saya akan beritahu kamu satu rahsia, kami memenangi perlawanan. Jika kami tak menang, saya sudah dipecat.”
Jawab Pep Guardiola.
💯 wins in Europe! 🙌 pic.twitter.com/AQL8FxPBeQ
— Manchester City (@ManCity) November 7, 2023
“Ia bukan kerana rambut saya lebih bagus berbanding orang lain. Saya tak dipecat kerana saya memenangi banyak perlawanan.”
Guardiola kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:
“Di negara ini, ketika saya masih muda, ia sentiasa ada tradisi untuk mengekalkan pengurus. Apa yang berlaku hari ini dengan banyaknya tekanan buat semua orang, banyaknya pelaburan, dan saya sendiri faham memang terlalu banyak tekanan.”
“Kadang kala ia berhasil, kadang kala ia tak. Itu lah apa yang berlaku, kamu perlu biasakan diri.”
Pep Guardiola reveals his secret to never getting sacked 😅 pic.twitter.com/sQ1jHdktn5
— GOAL (@goal) April 7, 2023
Jelas sekali semua orang faham apa yang dimaksudkan oleh Pep Guardiola yang mana kemenangan adalah kunci utama untuk seseorang pengurus itu kekal berkhidmat.
Andai pasukan yang dikendalikan oleh seseorang pengurus itu mencatatkan kekalahan demi kekalahan, jelas sekali masa depan pengurus itu juga bakal mula dipersoalkan.
Penyokong tentu saja akan mendesak pimpinan kelab untuk memecat pengurus itu kerana tidak mahu kelab terus mencatatkan kekalahan.
Dan andai pengurus itu berjaya memimpin kelab untuk mencatatkan kemenangan demi kemenangan, maka sudah tentu tiada siapa yang mahu melihat beliau pergi.
Jadi itu lah apa yang cuba disampaikan oleh Pep Guardiola dengan beliau sememangnya memiliki rekod bersih tidak pernah dipecat sepanjang kariernya sebagai pengurus.
Musim ini, City telah melalui musim yang hampir sama seperti musim-musim sebelum ini dengan mereka konsisten memberi saingan dalam semua pertandingan besar.
Selepas mencatatkan kemenangan besar 6-1 menewaskan Bournemouth kemarin, Manchester City berjaya untuk kembali mendahului carta saingan Premier League.
Pada awal pagi tadi, juara bertahan saingan Champions League itu meneruskan rentak kecemerlangan mereka di pentas tertinggi bola sepak Eropah itu dengan menewaskan BSC Young Boys di Etihad Stadium.
Bercakap sebelum sepak mula perlawanan, Guardiola menyatakan bahawa:
Through to the #UCL knockouts for the 11th season in a row! 💪 pic.twitter.com/1UDOtXQgYq
— Manchester City (@ManCity) November 7, 2023
“Untuk bertahun-tahun dapat layak sudah menjadi satu kejayaan untuk kelab dan untuk berada di sana juga menjadi satu kebanggaan untuk kelab. Ia sangat hebat, sangat-sangat hebat.”
“Kita perlu perbaiki beberapa hal kerana mereka sudah buat yang terbaik ketika aksi perlawanan pertama, kita boleh habiskan kerja ini.”
Kemenangan 3-0 menewaskan Young Boys membantu Manchester City untuk terus mendahului carta kumpulan G saingan Champions League.
Empat kemenangan dari empat perlawanan sudah cukup untuk mengesahkan kejayaan Manchester City layak ke pusingan 16 terbaik.
Turun sebagai juara bertahan, Man City tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penurunan prestasi dan mereka masih lagi dianggap sebagai calon juara musim ini
Bukan hanya dalam saingan Champions League, Manchester City juga sepertinya bakal mempertahankan kejuaraan saingan Premier League mereka musim ini dengan The Citizens kini kembali mendahului carta saingan liga.