98% Penyokong Selangor Desak Penswastaan Pasukan, Mahu Kelab Milik Penyokong Sepenuhnya

Selepas tewas 4 kali berturut-turut, Zainal Abidin Hassan (ZAH) telah dipecat sebagai  ketua jurulatih Selangor beberapa minggu yang lepas.

Bermula dari ini, rentetan peristiwa ‘rombakan’ individu dalam pengurusan bola sepak Selangor pula mengambil tempat. 

Rombakan yang diarahkan oleh presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ini disebabkan dua faktor:

  • prestasi pasukan yang teruk
  • desakan penyokong

Sejak 3 tahun lepas, penyokong Selangor telah menggunakan platform media sosial seperti Facebook & Twitter membuat beberapa siri kempen serta penyebaran info mengenai kepincangan pengurusan FAS.

Akhirnya selang beberapa hari ZAH dipecat, 2 ‘orang lama’ di dalam FAS iaitu Setiausaha Agung FAS, Encik Rosman Ibrahim serta bendaharinya Datuk S. Sivasundram meletakkan jawatan.

Pengunduran 2 individu ini bukanlah pengakhiran kepada siri rombakan yang dimahukan oleh penyokong Selangor.

Sebaliknya bagi mereka, rombakan sebenar apabila hashtag #SwastakanBolaSepakSelangor dalam siri kempen media sosial mereka menjadi kenyataan.

Screen-Shot-2016-09-06-at-1.54.57-PM-compressor

Desakan penyokong yang mahu pasukan diswastakan

Pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mewajibkan semua pasukan yang mahu bertanding di dalam pertandingan kelolaan FMLLP perlu menswastakan pasukan mereka selewat-lewatnya pada tahun 2018.

Oleh itu, memenuhi syarat FMLLP itu hanyalah salah satu faktor mengapa penyokong Selangor mendesak penswastaan dilakukan.

Gambar oleh: Mono Ridzuan / www.asiana.my
Gambar oleh Mono Ridzuan / www.asiana.my

Tetapi faktor yang lebih utama hasil pemerhatian yang dilakukan di media sosial adalah penyokong Selangor mahukan pengurusan yang mempunyai visi dan misi yang jelas bagi pasukan.

Selain itu, mereka juga mahukan pengurusan yang telus dan berakauntibiliti bagi membawa pasukan Selangor mengharungi ekosistem bola sepak yang maju dan dinamik seperti sekarang.

Gelaran ‘Gersasi Merah Kuning’ perlulah dikembalikan bukan hanya pada nama tetapi secara keseluruhan sama ada di dalam ataupun luar padang.

Presiden FAS iaitu Dato’ Seri Azmin Ali serta orang-orang yang diamanahkan seperti pengurus pasukan Amirudin Shari serta Hisham Ghouth tampak telah mengorak langkah ke arah penswastaan.

Namun begitu, disebalik kelantangan suara penyokong di media sosial mengenai rombakan dan penswastaan, terdapat satu persoalan yang masih belum dijawab.

Adakah penyokong Selangor sudah bersedia untuk penswastaan?

98% penyokong Selangor mahukan penswastaan

Hasil kaji selidik yang dilakukan ke atas 1093 orang, terdapat 6 peringkat umur telah dibahagikan dalam kaji selidik ini:

  • 18 tahun ke bawah
  • 19 tahun hingga 25 tahun
  • 26 tahun hingga 30 tahun
  • 31 tahun hingga 35 tahun
  • 36 tahun dan ke atas

Hasil dari kaji selidik ini, 66% daripada responden merupakan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah yang begitu aktif dengan media sosial.

Hal ini jelas menunjukkan Selangor tidak pernah ketandusan penyokong.

Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my
Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my

Penyokong di bawah umur 30 tahun ini akan bakal menjadi penyokong Selangor di masa hadapan.

Manakala pemain-pemain Piala Presiden dan Piala Belia Selangor bakal menggantikan barisan pemain skuad senior pada masa akan datang..

Oleh itu, perhatian serius perlu diambil oleh presiden FAS serta pengurus pasukan untuk mengambil kira pendapat kumpulan penyokong ini yang lebih cenderung kepada ‘hiburan’.

Seperti contoh, buku program perlawanan haruslah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan citarasa golongan umur tersebut.

Selain daripada itu, penyokong mahukan pengalaman hari perlawanan (matchday experience) seperti terdapat program ketika pra-perlawanan, ketika rehat separuh masa dan sebagainya.

Penyokong mahukan semua ini dan bukannya sekadar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor sahaja!

Seterusnya, 98% (1075 orang) mahukan penswastaan dalam bola sepak Selangor dan hanya 8 orang sahaja yang tidak bersetuju.

yaynay

Mungkin pada hemat penulis, 8 individu yang tidak setuju ini mungkin tidak sebulu dengan FMLLP dan mahukan Selangor bermain dalam kejohanan kelolaan FAM sahaja!

Model penswastaan pasukan

Secara ringkas, model penswastaan pasukan boleh dikecilkan kepada 3 iaitu:

  • 100% milik penyokong/kelab sukan
  • 100% milik perseorangan/syarikat
  • perkongsian antara syarikat dengan yayasan penyokong

Berikut adalah pecahan pilihan respoden terhadap model penswastaan pasukan Selangor:

modelswasta

Hampir separuh daripada responden mahukan pemilikan 100% oleh penyokong terhadap pasukan Selangor menerusi penubuhan kelab sukan.

Hal ini mungkin kerana semangat kepunyaan atau sense of belonging menjadi punca utama mengapa respoden memilih model ini.

Selain mempunyai kepentingan dalam pasukan, mereka juga mahu terlibat secara langsung dalam hala tuju pasukan serta ingin mengetahui secara jelas apa yang terjadi disebalik tabir pengurusan pasukan mereka.

Perkara ini penting kerana untuk memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta orang-orang yang dipilih untuk memegang amanah dalam pasukan sentiasa ditimbang tara mengenai keputusan dan sebagainya.

Kemampuan sebagai ‘tuan empunya pasukan’

Hasil dari kaji selidik, rata-rata responden hanya mampu mengeluarkan RM 200 untuk yuran keahlian tahunan pasukan.

milikan pasukan

Bagi penulis, semangat untuk memiliki pasukan itu sudah ada dan cukup membara. Namun bila ditanya berapa banyak yang mampu dilaburkan untuk pasukan, majoritinya akan berkata tidak lebih daripada RM 200.

Topik ini sungguh luas jika ingin dikupas dengan lebih lanjut, untuk itu biarlah penulis serahkan pada yang pakar untuk huraikan.

Baca juga: Kegagalan Pahang FC 2016 Cermin Kegagalan Pengurusan, Bukan Salah Penswastaan

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Al Mukmin Jumari. Beliau merupakan penyokong tegar Selangor dan sedang berkempen untuk mendesak penswastaan Selangor FA.

Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN