Analisis Taktikal: Taktikal Indonesia Lebih Fluid, Malaysia Agak Naif

Analisis Taktikal

Indonesia v. Malaysia(3-0)
6 September – Stadium Manahan Solo

Permulaan

Indonesia memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-1-1 dengan menjadikan Boaz Salossa sebagai penyerang kedua. Namun dalam perlawanan mereka kerap beraksi dengan 4-3-3 atau membentuk formasi yang lebih ofensif termasuk 3-4-1-2.

Manakala Malaysia bermula dengan formasi 4-3-3 walaupun dalam perlawanan lebih kepada 4-3-2-1. Malaysia tidak ada perubahan taktikal yang dinamik dengan intensiti yang sangat sederhana.

Analisis Taktikal Indonesia

Taktikal Yang Fluid Dan Dinamik

Mereka menggunakan formasi 4-4-2/4-4-1 sebagai asas. Mereka bertahan dengan zonal marking yang berorientasikan bola. Di mana ada bola – ke situ pemain mereka cuba untuk menutup ruang.

Ini yang menyukarkan Malaysia lebih-lebih lagi kualiti teknikal pemain Malaysia sangat lemah dalam perlawanan ini. Apabila dikepung, sokongan dari sektor lain agak perlahan.

Akhirnya pemain Malaysia pasrah dan melakukan hantaran ke belakang.

Ia adalah pendekatan yang menarik oleh Indonesia walaupun masih banyak kelemahan mereka dalam transisi namun intensiti mereka membuatkan mereka sentiasa mendapat bola yang hilang dari penguasaan mereka.

High Pressing Football Oleh Indonesia

Indonesia bermula dengan high pressing football. Mereka menekan dan terus menekan pemain-pemain Malaysia di garisan tinggi.

Tekanan ini telah mewujudkan keadaa panik di kawasan pertahanan Malaysia. 2 kesilapan mudah skuad Malaysia – sepatutnya tidak berlaku – telah memberikan Indonesia 2 gol awal walaupun secara taktikal dan formasi mereka juga masih belum terurus.

High pressing Indonesia menolak pemain pertahanan ke garisan lebih tinggi. Mereka membentuk 3-4-1-2 dengan pemain fullback di kedudukan yang sangat tinggi (advance)

3412

Ini adalah gambaran yang menunjukkan mereka melakukan high pressing dengan mengekalkan team shape 3-4-1-2. Mereka menaikkan peranan fullback kiri untuk terlibat di pressing line.

3412

Ini juga salah satu sampel dalam formasi 4-3-3 dengan doktrin yang sama iaitu meletakkan 3rd man attacker yang aktif berlari dari belakang 2 penyerang utama. Ia sistem yang biasa digunakan dalam taktikal dengan formasi diamond.

22

Hanya 21 minit masa yang mereka perlukan untuk menjaringkan 3 gol yang terus menjadi paparan skor akhir dalam perlawanan ini.

Ia adalah intensiti yang agak dibawa di dalam permainan mereka terutama pada separuh masa pertama. Terus memberikan tekanan dan cuba mencipta sebanyak mana peluang dan kemungkinan dalam perlawanan ini.

Analisis Taktikal Malaysia

In Game Management Oleh Ong Kim Swee

Di atas kertas Malaysia bermain dengan formasi 4-3-3 dengan Amri Yahyah dijadikan false no.9. Sekali lagi isu besar saya bangkitkan – apa relevannya meletakkan Amri sebagai penyerang utama?

Beliau sudah lama meninggalkan posisi ini. Amri banyak bermain di bahagian sayap atau penyerang kedua di JDT. Ketika menentang Felda beliau bermain sayap kiri.

Ong Kim Swee perlu menyelesaikan masalah pasukan utama beliau secepat mungkin. Indonesia sudah mengesahkan bahawa itulah skuad bayangan mereka yang akan mereka bawa ke kejohanan AFF Suzuki.

Seterusnya adalah pemilihan pemain yang tidak berdasarkan 2 kriteria asas

1. Minit Perlawanan
2. Pemain Utama pasukan terutama pasukan dalam liga utama

Bukan masalah untuk menurunkan pemain yang kurang minit perlawanan. Namun ia memerlukan assestment yang teliti.

Kesilapan dilakukan England ketika membawa pemain yang kurang minit dan separuh cergas ke dalam pasukan mereka dalam Piala Eropah lalu. Ketara sekali gerakan pemain seperti Fadhli Shas dan Azrif yang kurang tajam.

Organisasi Formasi Malaysia Terputus

Dari awal sehingga akhir – organisasi taktikal pasukan Malaysia terputus (disjointed). Hubungan antara zonal dan unit terlalu lemah.

Di bahagian atas midfielder 3 gagal untuk memecahkan masuk ke dalam tight area. Dalam rajah di bawah saya lakar blok yang gagal dipecahkan oleh Malaysia.

tih

Tidak ada kelancaran di dalam gerakan dan hilang bola terlalu mudah. Seterusnya adalah organisasi dan team shape yang kerap terpecah.

Kemasukan Veenod memberikan krisis di bahagian pivot. Tidak pasti sama ada Veenod atau Irfan yang menjadi pivot. Veenod berlari ke semua arah tetapi tidak ada impak yang jelas.

Masalah Di Pertahanan

Dalam perlawanan ini, Malaysia kelihatan cuba bermain zonal marking namun organisasinya sangat berterabur dan banyak loophole.

Di bahagian pertahanan, isu fokus dan juga komunikasi antara yang jelas. Pertahanan juga ada masalah positioning kecuali  Davies. Di bawah ini adalah sedikit gambaran betapa teruknya pengurusan organisasi taktikal Malaysia.

1

Ini adalah situasi ketika Azriff terlena di belakang garisan defensif.

az

Kadar bentesan tepat yang dilakukan oleh Malaysia hanya 56%. Ia satu kadar yang cukup rendah. Dari segi disiplin – perkara yang sama dijelaskan ketika skuad bawah B-22 tempoh hari.

Pemain tidak cukup fokus kepada tugasan di dalam padang. Ada yang kelihatan lebih melayan emosi berbanding dengan cuba menstabilkan emosi di dalam padang.

Azriff mungkin pemain yang paling bernasib di antara pemain-pemain lain di dalam padang selepas melakukan berberapa terjahan lemah.

Man Of The Match

Boaz Solossa (Indonesia)

pojoksatu-boaz-indonesia-vs-malaysia

Verdict

Ia bukan aksi terbaik daripada Indonesia secara keseluruhan perlawanan namun kenaifan Malaysia ditambah dengan kegagalan taktikal oleh Ong Kim Swee membolehkan mereka menang mudah.

Indonesia melakukan tekanan yang intensif pada separuh masa pertama namun berdepan dengan isu stamina yang ketara pada separuh masa kedua.

Pada separuh masa kedua Indonesia kelihatan kurang bertenaga berbanding dengan separuh masa pertama. Mungkin ia adala aspek utama yang akan diperbaiki oleh mereka sebelum berentap di Piala AFF.

Untuk pasukan Malaysia, tidak banyak yang boleh dikomen kerana dari awal sehingga minit ke 90 skuad negara kita gagal untuk settle down dan bermain agak tertekan.

Terlalu banyak kelemahan dalam perlawanan ini. Tidak ada ketajaman dan kreativiti untuk memecahkan organisasi pertahanan Indonesia yang lebih berdisiplin.

Statistik

sumber: Labbola
sumber: Labbola

Baca juga: Teori Taktikal: Pivot Dalam Taktikal Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN