Sabah telah berjaya mendapatkan pemain baharu iaitu Miguel Cifuentes atau lebih senang dikenali sebagai Cifu untuk meguatkan lagi barisan serangan mereka menjelang pusingan kedua Liga Super.
Direkrut daripada seteru liga iaitu Kelantan, Cifu yang beraksi di sebelah sayap kanan, merupakan produk akademi kelab Sepanyol iaitu Elche.
Lebih menarik, pemain ini turut mempunyai kepelbagaian ketika beraksi seperti boleh bermain di bahagian tengah dan juga pertahanan kanan.
Teruja dengan kualiti Cifu
Walaupun Cifu dilihat begitu menyerlah bersama-sama Kelantan, namun pemain itu memilih untuk tidak bersama-sama kelab tesebut selepas isu pembayaran gaji yang melanda mereka.
Sabah kemudiannya mengambil kesempatan diatas situasi tersebut dengan terus menyambar Cifu untuk menguatkan lagi pasukan mereka.
Meninjau ke laman Facebook Sabah, rata-rata penyokong teruja dengan kehadiran Cifu dan berharap pemain tersebut akan berjaya bersama mereka.
Kehadiran Cifu dilihat mampu memberikan semula harapan dalam kalangan penyokong Sabah yang kini mula kecewa melihat prestasi skuad Datuk Ong Kim Swee.
“Semoga ada impak. Hampir tawar hati sudah tengok Sabah main. Macam pemain tidak cukup makan,” kata Longtongian Lagas Tulu.
“Kalau tak bangkit, tak tahulah,” tulis Abdullah Alif Dahlan.
“Harap rajin kejar bola turun naik atas padang mcm Jailton Paraiba atau Saddil Ramdani. Boleh juga diharap,” komen Weill Jay Rock pula.
Laman komen tersebut juga tidak terkeceuali dipenuhi oleh ucapan selamat daripada penyokong-penyokong Kelantan yang jelas bersedih atas pemergian Cifu ke Sabah.
Mereka sedar yang Cifu adalah salah seorang pemain handalan Kelantan yang menyerlah disaat prestasi buruk kelab itu ketika ini.
“Semoga berjaya Cifu di Sabah. Kami penyokong Kelantan akan rindu aksi anda,” komen Muhammad Danish.
“Pemain yang rajin. Berlari seolah mempunyai dua jantung. Semua posisi dia sapu. Selamat maju jaya bersama Sabah bro!!,” kata Wan Hazar.
“Best signing untuk Sabah. Cifu antara pemain yang profesional. Walaupun Kelantan dalam masalah dia tetap main macam pasukan tiada masalah.10 pemain yang lain pun boleh tenggelam dengan kerajinan dia. Good Luck Cifu,” tulis Muhammad Ameen panjang lebar.
Cifu dijangka akan turun buat pertama kali bersama-sama Sabah ketika aksi bertemu PDRM.