Liga Super: Ketajaman Lee Tuck Dijangka Beri Masalah Besar Buat Perak

Pemain tengah serangan Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Lee Tuck berkemungkinan besar akan memainkan peranan penting pada aksi seterusnya membabitkan Sang Kenari menentang Perak.

Pada aksi seterusnya ini, Kedah bakal menghadapi Perak di Stadium Darul Aman (SDA) selaku tuan rumah untuk menerima kunjungan Perak bagi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super 2023.

Untuk rekod, Kedah berjaya mencipta kemenangan besar 4-1 ketika mereka menewaskan Perak di Ipoh pada 25 Februari lalu dengan Lee Tuck, Willian Lira, Ariff Farhan Md Isa, serta Jonathan Balotelli tampil sebagai penjaring.

Sebaliknya Perak hanya memperoleh satu gol menerusi pemain muda mereka iaitu Mohammad Ikhwan Bin Mohd Hafizo di separuh masa pertama.

Bagi aksi malam ini, pastinya nama Lee Tuck menjadi tumpuan utama untuk terus memastikan kemenangan seterusnya berjaya dilakar oleh Kedah di gelanggang sendiri.

Apa tidaknya, Lee Tuck tampil meledak dua jaringan pada perlawanan lalu ketika Sang Kenari bertemu Sabah di Alor Setar untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka.

Pada saingan tersebut, Lee Tuck menampilkan aksi cukup berkualiti di posisi serangan untuk memastikan pertahanan lawan kucar kacir serta berada pada kedudukan tepat bagi mencipta beberapa percubaan berbahaya.

Lee Tuck yang menjadi pemain naturalisasi pada tahun lalu dianggap sebagai suatu aset penting buat Kedah, selepas kualiti dimiliki pemain berkenaan jelas sudah mendapat perhatian ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Bawah kendalian Nafuzi Zain, pemain kelahiran England ini menjadi salah satu rekrut terbaharu selepas rombakan besar dibuat oleh Kedah di segenap posisi.

Ketika ini, Kedah tampil dengan prestasi cukup menyakinkan selepas corak permainan mereka hadir dengan lebih berkualiti dan dibuktikan ketika mereka menewaskan Sabah.

Tambahan pula, Perak masih segar dengan kekalahan lalu di tangan Terengganu dan pastinya peluang tersebut ingin digunakan sebaik mungkin buat Kedah mengatasi pelawat.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Selain Lee Tuck, beberapa lagi pemain lain turut mencuri perhatian seperti Amirul Hisyam serta Willian Lira yang semakin konsisten bawah kendalian Nafuzi musim ini.

Walaupun begitu, mereka perlu berhati-hati dengan kebangkitan yang mungkin akan dibuat oleh pelawat untuk cuba mencipta kejutan di gelanggang lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN