TERKINI: Natxo Insa Kembali Dipanggil Ke Skuad Harimau Malaya

Natxo Insa

Kejutan tiba untuk skuad Harimau Malaya bagi dua aksi persahabatan menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea apabila Kim Pan-gon memilih pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa.

Insa yang sering menjadi dambaan penyokong untuk beraksi bersama-sama Malaysia namun jarang sekali berlaku akhirnya kembali ke skuad kebangsaan selepas kali terakhir melakukannya pada 2018.

Nama beliau terus menjadi tumpuan utama bagi skuad 27 pemain Malaysia untuk dua aksi persahabatan di Terengganu pada 14 dan 20 Jun ini selain Kim mengekalkan 17 nama daripada panggilan sebelum ini.

Akan tetapi, tiada nama Dion Cools dalam panggilan kali ini kerana Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan ketua pasukan Harimau Malaya itu akan melangsungkan perkahwinannya pada tempoh tersebut.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Berikut merupakan senarai penuh 27 pemain ke kem latihan pusat sambil 24 nama yang diletakkan dalam senarai menunggu:

Penjaga gol:

  • Syihan Hazmi (Johor Darul Ta’zim)
  • Sikh Izhan (Negeri Sembilan)
  • Azri Ghani (Kuala Lumpur City)
  • Damien Lim (Sabah) – senarai menunggu
  • Rahadiazli Rahalim (Terengganu) – senarai menunggu
  • Kalamullah Al-Hafiz (Kedah Darul Aman) – senarai menunggu

Pertahanan:

  • Shahrul Saad (Johor Darul Ta’zim)
  • La’Vere Corbin Ong (Johor Darul Ta’zim)
  • Dominic Tan (Sabah)
  • Daniel Ting (Sabah)
  • Feroz Baharuddin (Johor Darul Ta’zim)
  • Matthew Davies (Johor Darul Ta’zim)
  • Syahmi Safari (Johor Darul Ta’zim)
  • Azam Azmi (Terengganu)
  • Quentin Cheng (Selang0r) – senarai menunggu
  • Khuzaimi Piee (Selangor) – senarai menunggu
  • Sharul Nazeem (Selangor) – senarai menunggu
  • Fazly Mazlan (Selangor) – senarai menunggu
  • Hong Wan (Johor Darul Ta’zim) – senarai menunggu
  • Rizal Ghazali (Sabah) – senarai menunggu
  • Shahrul Nizam (Terengganu) – senarai menunggu
  • Azwan Aripin (Sri Pahang) – senarai menunggu

Tengah: 

  • Syamer Kutty Abba (Johor Darul Ta’zim)
  • Endrick dos Santos (Johor Darul Ta’zim)
  • Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim)
  • Junior Eldstal (Johor Darul Ta’zim)
  • Mukhairi Ajmal (Selangor)
  • Syahir Bashah (Selangor)
  • Stuart Wilkin (Sabah)
  • Paulo Josue (Kuala Lumpur City)
  • Lee Tuck (Kedah Darul Aman)
  • Nooa Laine (SJK Seinajoki)
  • Aliff Haiqal (Selangor) – senarai menunggu
  • Aliff Izwan (Selangor) – senarai menunggu
  • Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim) – senarai menunggu
  • Azam Azih (Sri Pahang) – senarai menunggu
  • Baqiuddin Shamsudin (Sri Pahang) – senarai menunggu
  • Fayadh Zulkefli (Kedah Darul Aman) – senarai menunggu
  • Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City) – senarai menunggu
  • T. Saravanan (Kuala Lumpur City) – senarai menunggu
  • A. Selvan (Negeri Sembilan) – senarai menunggu

Serangan:

  • Arif Aiman (Johor Darul Ta’zim)
  • Akhyar Rashid (Johor Darul Ta’zim)
  • Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim)
  • Faisal Halim (Selangor)
  • Haqimi Azim (Kuala Lumpur City)
  • Shahrel Fikri (Negeri Sembilan)
  • Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim) – senarai menunggu
  • Mohamadou Sumareh (Johor Darul Ta’zim) – senarai menunggu
  • Najmuddin Akmal (Johor Darul Ta’zim) – senarai menunggu
  • Fazrul Amir (Kelantan) – senarai menunggu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN