Penyokong Man United Percaya Akan Teori Konspirasi Yang Mengaitkan Mereka Bakal Juara EPL

Penyokong Manchester United pada ketika ini sangat teruja dengan nombor 21 dan sebab utama mengapa hal itu berlaku adalah kerana satu teori konspirasi yang sedang tular di media sosial.

Para peminat di media sosial pada ketika ini sedang hangat membincangkan tentang teori konspirasi yang dicetuskan oleh salah seorang penyokong Man United.

Teori tersebut menjelaskan tentang bagaimana nombor 21 itu boleh menjadi sebab mengapa Manchester United boleh menjadi Juara saingan Premier League musim baharu ini.

Peminat tersebut percaya yang teori itu memberi gambaran jelas bahawa skuad kendalian Ten Hag bakal menjuarai saingan Premier League ke-21 kelab pada musim baharu ini.

Pengurus dari Belanda itu meninggalkan Ajax pada penghujung musim baru-baru ini selepas beliau dilantik menjadi pengurus United menggantikan Ralf Rangnick.

Ten Hag kini sudah mengendalikan dua aksi untuk skuad Red Devils dan beliau berjaya membantu Manchester United untuk memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.

Antara kejayaan paling manis beliau, Ten Hag berjaya memimpin Man United Untuk membelasah Liverpool 4-0 dalam aksi perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Rajamangala National Stadium kemarin.

Petang semalam, skuad kendalian Erik ten Hag itu berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 menewaskan Melbourne Victory di Australia.

Pembelian yang dianggap gagal pada musim lalu, Jadon Sancho turut dilihat sangat menyerlah dalam dua aksi perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Para peminat turut percaya yang Erik ten Hag sebenarnya sudah berjaya membantu bintang kebangsaan England itu untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Pengguna twitter yang menggunakan nama @canelo telah memuat naik status yang menjelaskan secara terperinci tentang teori konspirasi beliau berkait nombor 21 dan potensi Man United untuk menjuarai saingan Premier League.

Beliau yang juga merupakan penyokong Manchester United percaya yang pemain seperti Jadon Sancho, Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Anthony Martial telah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya di bawah kendalian Erik ten Hag.

Teori konspirasi yang dimuat naik oleh peminat tersebut sebenarnya mencuri perhatian para peminat selepas beliau mengaitkan nombor 21 dengan potensi Manchester United untuk bergelar juara.

Skuad Red Devils baru sahaja mengumumkan penandatanganan Christian Eriksen pada awal minggu ini dengan bintang Denmark itu ditandatangani sebagai pemain bebas ejen.

Bekas bintang Tottenham Hotspur dan Inter Milan itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim bersama Manchester United selepas kontrak jangka masa pendek beliau bersama Brentford tamat pada penghujung musim lalu.

Selepas sekian lama berehat kerana masalah jantung yang beliau hadapi, Eriksen pada musim lalu berjaya membuat 11 penampilan bersama Brentford.

Kelab dari saingan Premier League itu seolah-olah memberi nafas baru kepada karier bola sepak Eriksen dengan bintang Denmark itu menyarung jersi bernombor 21 bersama mereka.

Pemain pertahanan Ajax, Lisandro Martinez juga bakal diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United dan menariknya lagi, beliau turut memakai jersi bernombor 21 ketika kariernya bersama gergasi Belanda itu.

Manchester United menandatangani Martinez dengan yuran perpindahan bernilai £46 juta dan hal itu sepertinya bakal diumumkan secara rasmi oleh kelab.

Apa lagi yang boleh dikaitkan dengan angka 21 dan Manchester United?

Pemain sasaran utama Manchester United, Frenkie de Jong juga turut menjadi penggemar kepada nombor 21 dan beliau turut memakai nombor sama ketika bersama Ajax dan Barcelona.

Tak cukup dengan itu, apa yang menguatkan lagi teori nombor 21 ini dengan Man Utd adalah ketika melihat tarikh Erik ten Hag diumumkan sebagai pengurus kelab.

Manchester United mengumumkan nama Erik ten Hag sebagai pengurus kelab pada tanggal 21 April 2022 dan kebetulan ini semua membawa kepada kepercayaan penyokong Man United yang mereka akan menjulang gelaran liga ke-21 pada musim baharu nanti.

Mengapa teori konspirasi ini boleh tercetus?

Teori tersebut dirasakan boleh dipercayai kerana beliau melihat situasi yang berlaku ketika Manchester United menandatangani Robin Van Persie pada tahun 2012 yang lalu.

Bekas bintang Arsenal itu berjaya membantu Manchester United untuk menjuarai saingan Premier League pada musim 2012/13, selepas beliau cemerlang meledak gol pada musim tersebut.

Ketika Manchester United mengumumkan nama Van Persie sebagai pemain terbaru mereka, para peminat percaya pemain berjersi nombor 20 itu akan mampu membantu kelab memenangi gelaran liga ke-20 mereka.

Kerana itu lah para peminat percaya kebetulan nombor 21 yang berlaku kini, bakal membawa kepada kejayaan kelab menjuarai saingan liga buat kali ke-21 musim baharu nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN