‘Hebat Sikit Dari Liverpool’ – Melbourne Victory Dipuji Kerana Berjaya Jaringkan Gol Bertemu Man United

Melbourne Victory berjaya menjaringkan satu gol ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Manchester United petang tadi, dan para peminat mula memuji mereka kerana berjaya melakukan hal yang tak mampu dilakukan oleh Liverpool.

Kelab dari Australia itu berdepan kekalahan memalukan 4-1 di tangan Manchester United dalam perlawanan yang dilangsungkan di Marvel Stadium itu.

Legenda Man United, Nani turut bermain dalam perlawanan tersebut untuk Melbourne Victory selepas beliau sah menyertai kelab dari Australia itu pada minggu lalu.

Perlawanan tersebut merupakan aksi kedua Manchester United di bawah kendalian Erik ten Hag dengan pengurus dari Belanda itu sepertinya memulakan kariernya bersama Red Devils dengan sangat sempurna.

Dua kemenangan dari dua perlawanan, dengan anak-anak buahnya berjaya menjaringkan lapan gol dan hanya mencatatkan satu bolos sahaja.

Manchester United sebelum ini turun bertemu Liverpool di Rajamangala National Stadium dengan mereka cemerlang mencatatkan kemenangan 4-0 dalam perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu mendapat pujian menggunung dari pelbagai pihak atas aksi hebat dan persembahan mantap yang mereka tunjukkan dalam perlawanan tersebut.

Bertemu Melbourne, Man United meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan mencatatkan kemenangan 4-1 menewaskan gergasi Australia itu.

Melbourne Victory sebenarnya terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini hasil gol yang dijaringkan oleh Christopher Ikonomidis pada minit ke-4 permainan.

Walau bagaimanapun, Manchester United berjaya bangkit dan menjaringkan empat gol untuk mencatatkan kemenangan selesa 4-1 menewaskan kelab dari Australia itu.

Scott McTominay, Anthony Martial, Marcus Rashford berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Man United dalam perlawanan ini.

Satu lagi gol adalah gol sendiri yang dijaringkan oleh Edmond Lupancu pada minit ke-89 permainan.

Melihat kepada keputusan perlawanan, para peminat rata-rata mengaitkan keputusan perlawanan ini dengan keputusan perlawanan Man United bertemu Liverpool sebelum ini.

Ramai yang anggap Melbourne Victory hebat sikit berbanding Liverpool kerana berjaya merobek gawang gol United.

Walau tewas, namun peminat merasakan yang Melbourne Victory sebenarnya boleh berbangga kerana mereka dapat setidak-tidaknya menjaringkan satu gol berbanding kelab gergasi Eropah yang langsung tak mampu mendapatkan gol bertemu United.

Adakah benar Melbourne Victory hebat sikit berbanding Liverpool hanya kerana mereka mampu menjaringkan satu gol? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN