Tyrell Malacia Bakal Rampas Tempat Dalam Kesebelasan Utama United Dari Luke Shaw

Tyrell Malacia telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Liverpool di Rajamangala National Stadium malam semalam.

Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan selesa 4-0 menewaskan seteru utama mereka itu dengan Jadon Sancho, Fred, Anthony Martial dan Facundo Pellistri masing-masing berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Para peminat sangat teruja melihat aksi persembahan mantap yang ditunjukkan oleh Manchester United dalam perlawanan tersebut.

Jelas sekali Erik ten Hag berjaya mengubah corak permainan hambar Man United menjadi sangat menarik untuk disaksikan.

Skuad Red Devils berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat meyakinkan dan ia jauh berbeza dari apa yang sering peminat lihat sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Para pemain dilihat lebih berdisiplin dengan corak permainan Man United juga dilihat lebih teratur dari setiap sudut di atas padang.

Walau tidak mencatat nama sebagai penjaring gol, namun aksi hebat yang ditunjukkan oleh Tyrell Malacia jelas sekali mencuri perhatian peminat.

Tyrell Malacia pamer aksi berkelas dunia bertemu Liverpool

Pemain berusia 22 tahun itu telah ditandatangani oleh Manchester United dari Feyenoord pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pada awal beliau ditandatangani, ramai peminat yang mempertikaikan keputusan United kerana membeli seorang lagi pemain back kiri sedangkan kelab sudah ada Luke Shaw dan Alex Telles.

Ramai yang menganggap yang Tyrell Malacia hanya dibeli kerana Man United masih belum membeli walau seorang pemain pun pada musim panas ini.

Dengan tidak mempunyai profil yang tinggi, jelas sekali ramai yang akan meragui kemampuan beliau.

Malacia tutup mulut pengkritik dengan pamer aksi yang menakjubkan

Harus diakui yang Tyrell Malacia telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup meyakinkan ketika bertemu Liverpool malam semalam.

Para peminat turut beranggapan yang Malacia bakal merampas tempat dalam kesebelasan utama United dari Luke Shaw.

Beliau bukan hanya cemerlang ketika membantu jentera serangan, namun Malacia juga sebenarnya turut mempamerkan aksi yang sungguh dasyat ketika bertahan.

Beliau cemerlang menyekat asakan dan serangan dari kem Liverpool dengan Malacia mengawal sisi kiri padang dengan sangat sempurna.

Malacia bahkan turut cemerlang menutup ruang di bahagian tengah ketika khidmat beliau diperlukan di posisi tersebut.

Bintang kebangsaan Belanda itu di masukkan pada aksi babak kedua permainan dan impak yang beliau tunjukkan sememangnya menakjubkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN