Penyokong Malaysia ‘Berjoget’ Di Atas Tangisan Ikhsan Fandi Yang Kempunan Nak Menari Di Bukit Jalil

Penyokong Malaysia berjoget di atas tangisan anak legenda bola sepak Singapura, Ikhsan Fandi yang kempunan nak menari sakan di Bukit Jalil malam semalam.

Pemain penyerang Singapura itu telah mencetuskan sensasi internet sebelum aksi perlawanan bertemu Malaysia malam semalam, selepas beliau memuat naik story panas di laman instagram miliknya.

Ikhsan Fandi tidak diturunkan dalam aksi pertemuan bertemu Malaysia malam semalam kerana beliau sedang dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain BG Pathum United itu hanya membuat kemunculan dalam aksi pertemuan bertemu Vietnam sahaja di kejohanan AFF Mitsubishi Elektrik 2022 ini.

Walaupun beliau tidak bermain bertemu Malaysia, namun anak kepada Fandi Ahmad itu tetap berasa yakin yang skuadnya akan mampu mencatatkan kemenangan di Bukit Jalil.

Menjelang aksi perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan B itu, Ikhsan memuat naik story di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Sudah merancang untuk menari di hadapan mereka sekali lagi, Tuhan mempunyai perancangan lain @ILHANFA. Kita akan lalui ini bersama.”

Tulis Ikhsan Fandi di laman Instagram miliknya.

Penyokong jelas sekali sedar yang beliau memaksudkan sekali lagi itu kerana kejayaannya membantu Singapura menewaskan Malaysia pada Mac tahun lalu dalam saingan FAS Tri-Nations.

Dek kerana beliau berjaya membantu Singapura untuk memberikan Kim Pan-gon kekalahan pertama sebagai pengurus Harimau Malaya, maka Ikhsan merasakan negaranya akan melakukan hal yang sama di pertandingan AFF ini.

Walau bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian kerana skuad Harimau Malaya terlebih dahulu berjoget sakan di atas padang kerana berjaya kenduri gol bertemu Singapura.

Bukan satu, bukan dua, tetapi Malaysia berjaya menewaskan Singapura 4-1 dan jelas sekali hal tersebut benar-benar melukakan Ikhsan Fandi.

Dek kerana beliau terlalu lantang dan terlebih yakin, maka tidak hairanlah untuk melihat penyokong Malaysia tak puas-puas ketawakan beliau selepas tamat perlawanan tersebut.

Penyokong Malaysia seolah-olah berjoget-joget di atas tangisan Ikhsan Fandi yang bukan hanya kempunan untuk menari, tetapi juga pedih menahan kesakitan melihat Singapura di belasah teruk dalam perlawanan tersebut.

Tak tahan kena nganjing dengan penyokong Malaysia, Ikhsan Fandi kemudiannya memuat naik status baru yang menyatakan:

“Tahniah Malaysia. Sayang kamu semua, tetapi saya akan tetap menari.”

Ikhsan turut menulis 2024 pada gambar yang beliau muat naik itu dan jelas sekali beliau memaksudkan mahu menari jika bertemu Malaysia lagi di kejohanan akan datang.

Kemenangan bertemu Singapura berjaya membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir dengan skuad Harimau Malaya selepas ini akan bertemu Thailand untuk merebut tempat layak ke perlawanan akhir saingan AFF Mitsubishi Elektrik 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN