Penyokong Liverpool Bengang Lihat Domino’s ‘Menganjing’ Kedunguan Darwin Nunez

Dek kerana telah mempamerkan aksi dungu ketika beraksi bertemu Brentford awal pagi semalam, Darwin Nunez teruk kena nganjing dengan restoran pizza terkemuka dunia, Domino’s.

Ya, restoran pizza pun tak tahan nak menganjing Nunez selepas melihat pemain penyerang Liverpool itu mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan bertemu Brentford.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu telah mempamerkan aksi yang serba tak kena dan tak menjadi ketika bertemu Brentfford di Gtech Community Stadium awal pagi semalam.

Liverpool terpaksa akur dengan kekalahan 3-1 mereka di tangan The Bees dengan pasukan tuan rumah memperoleh gol hasil jaringan Yoane Wissa, Bryan Mbeumo dan satu gol sendiri dari Ibrahima Konate.

Gol saguhati Liverpool pula sementara itu dijaringkan oleh Alex Oxlade Chamberlain pada aksi babak kedua permainan.

Nunez jelas sekali gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini dengan beliau turut menjadi pemain yang paling teruk mendapat kecaman dari peminat.

Bekas bintang Benfica itu juga sebenarnya sudah sering dihentam oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini dek kerana aksi dungu yang beliau persembahkan.

Memandangkan Liverpool membeli beliau dengan nilai £85 juta, maka tidak hairanlah mengapa harapan yang diletakkan ke atas beliau juga tinggi menggunung.

Walau bagaimanapun, aksi yang beliau persembahkan dalam perlawanan ini tidak lah setanding dengan apa yang diharapkan oleh para peminat.

Beliau kerap melepaskan peluang keemasan dan boleh dikatakan aksi Nunez di atas padang langsung tidak setanding dengan status beliau sebagai pemain termahal kelab.

Bukan hanya gagal memanfaatkan kesempatan emas, Nunez turut berkali-kali membuat keputusan yang tidak sepatutnya ketika beliau berpotensi untuk menjaringkan gol.

Dikritik oleh peminat itu sudah biasa untuk Nunez sendiri, namun kini beliau telah dihina dan dikeji oleh jenama pizza terkenal dek kerana aksi dungu yang beliau persembahkan.

Domino’s memuat naik gambar Nunez di laman media sosial milik mereka dengan menulis:

“Maaf jika kamu terlepas mana-mana pesanan malam ini, lelaki ini baru sahaja menyertai kami.”

Ramai peminat yang terhibur dengan ciapan dari Domino’s itu namun sepertinya penyokong Liverpool tidak menerima hal tersebut dengan baik.

“Domino’s pun dah pandai guna pemain Liverpool untuk cari perhatian, beri saja tumpuan kepada perniagaan kamu.”

“Mereka kritik orang seolah-olah mereka tak ada buat silap, tapi hakikatnya semua tahu service mereka memang sangat-sangat teruk.”

“Saya tak rasa mereka patut letak gambar Nunez pada muat naik ini, ia sebenarnya agak keterlaluan.”

“Domino’s mencari masalah dengan pelanggan sendiri? di mana sikap profesional mereka? saya rasa apa mereka buat ni agak keterlaluan.”

“Adakah hal ini dibolehkan? saya tak rasa ia sesuai, Domino’s perlu lakukan sesuatu kepada admin mereka ini.”

Selepas kekalahan memalukan bertemu Brentford, Liverpool bakal turun beraksi bertemu Wolverhampton Wanderers dalam saingan FA Cup di Anfield.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN