Peminat Hentam Klopp Kerana Beri Alasan Mengarut Ketika Tewas Kepada Brentford

Para peminat terkejut mendengar alasan tak masuk akal Jurgen Klopp selepas kekalahan 3-1 skuadnya bertemu Brentford dalam saingan Premier League.

Jurgen Klopp mengamuk memaki hamun hal-hal yang tak sepatutnya selepas kekalahan skuadnya, dan para peminat terkejut mendengar alasan tak masuk akal dari pengurus Liverpool itu.

The Bees sudah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-19 permainan menerusi gol sendiri yang dijaringkan oleh Ibrahima Konate.

Yoane Wissa berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-42 permainan untuk membantu Brentford mendahului Liverpool 2-0.

Pada awal aksi babak kedua permainan, Klopp telah membuat 3 pertukaran dalam usahanya mahu mengubah corak permainan The Reds.

Alex Oxlade Chamberlain meledak gol pertama untuk Liverpool pada minit ke-50 permainan seterusnya mengubah kedudukan menjadi 2-1.

Liverpool gagal untuk memburu gol penyamaan, sebaliknya Brentford yang cemerlang meledak gol ketiga mereka pada minit ke-84 permainan.

Bryan Mbeumo menjaringkan gol ketiga Brentford dalam perlawanan ini, seterusnya mengesahkan tiga mata penuh untuk pasukan tuan rumah.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Klopp seperti biasa tampil memberi 1001 alasan dan menyalahkan apa sahaja yang boleh disalahkan sebagai punca kekalahan Liverpool.

Pengurus dari Jerman itu juga menyatakan yang beliau tidak berpuas hati dengan gol ketiga Brentford dan menegaskan bahawa gol itu tak sepatutnya dikira.

“Gol ketiga itu tak sepatutnya dikira, semudah itu! Saya cuba bercakap dengan pengadil tentang itu tapi ia sama macam saya bercakap dengan microwave saya.”

Klopp kemudiannya menyatakan yang Brentford berjaya kawal permainan mengikut tiupan wisel pengadil perlawanan.

“Brentford berjaya kawal perlawanan atas bantuan wisel.”

Tambah Klopp lagi.

“Mereka merenggangkan peraturan. Sebab itulah ia sedikit sukar. VAR pula hanya berselindung sebalik alasan ‘tak jelas dan jelas sekali’. Pengadil perlawanan perlu jelaskan tentang itu.”

“Kita sebenarnya sudah ada rundingan sebelum musim ini bermula. Tindakan di dalam kotak, pengadil akan tiup wisel. Mereka tak lakukan itu. Saya tak harap apa-apa akan memihak kepada kami.”

“Ada sebab tertentu kenapa Brentford sangat berjaya dengan serangan melalui set pieces dan tidak ketika bertahan dari set pieces.”

“Gol ketiga itu saya betul-betul tak boleh hormati.”

Mendengar alasan-alasan mengarut Klopp itu, para peminat di media sosial tampil menghentam pengurus dari Jerman itu.

“Adakah Klopp tonton perlawanan berbeza? kenapa dia nampak macam terlalu berkhayal?”

“Dia memang sentiasa salahkan seseorang.”

“Ia bukan foul. Mereka memang tewas di tangan skuad yang lebih baik. Pernah ke Klopp tak bagi apa-apa alasan lepas dia kalah?”

“Satu-satunya sebab kenapa dia tak akan mengeluh adalah ketika dia menang. Kalau dia kalah mesti dia akan keluarkan alasan-alasan mengarut.”

Liverpool selepas ini akan turun beraksi bertemu Wolverhampton Wanderers untuk aksi dalam saingan Piala FA.

Satu hal yang pasti, Liverpool pada ketika ini sedang benar-benar melalui musim terburuk mereka di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Memandangkan mereka baru sahaja menandatangani Cody Gakpo, maka peminat sangat berharap agar Liverpool akan kembali bangkit dan setidak-tidaknya memenangi satu piala pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN