Penyokong Liverpool Kecewa Melihat Klausa Dalam Kontrak Xabi Alonso

Xabi Alonso mempunyai satu klausa khas dalam kontraknya bersama Bayer Leverkusen dan hal itu sepertinya bakal memberi sedikit kebimbangan kepada penyokong Liverpool.

Kembali pada Oktober 2022 yang lalu, Alonso telah dilantik oleh Bayer Leverkusen untuk menjadi pengurus kelab menggantikan Gerardo Seoane.

Bayer Leverkusen sendiri pada ketika itu sedang berada di kedudukan kedua tercorot dalam carta saingan Bundesliga selepas mengharungi lapan perlawanan.

Di bawah kepimpinan, bekas pemain midfield Liverpool itu, Leverkusen berjaya mengakhiri saingan Bundesliga di kedudukan keenam.

Lebih menarik lagi, mereka turut berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir saingan Europa League pada ketika itu.

Bayer Leverkusen memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat cemerlang selepas mereka kini mendahului carta saingan Bundesliga.

Skuad kendalian Xabi Alonso itu mendahului carta saingan Bundesliga dengan mereka dua mata mengatasi Bayern Munich.

Tidak dinafikan lagi yang skuad Bayer Leverkusen di bawah kendalian Xabi Alonso sememangnya sangat berbeza dan menjadi lebih digeruni.

Dan kerana itu jugalah banyak kelab-kelab gergasi dalam dunia bola sepak berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pada September lalu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa gergasi La Liga, Real Madrid turut berminat mahu mendapatkan Alonso bagi menggantikan Carlo Ancelotti.

Hal itu kerana Ancelotti pada ketika itu hangat dikaitkan dengan bakal menyertai skuad kebangsaan Brazil dan akan meninggalkan Real Madrid.

Pimpinan Real Madrid dilaporkan tidak peduli dengan pengalaman Alonso sebagai pengurus dan mereka sanggup mengambil risiko melantik pengurus kurang pengalaman untuk mengendalikan kelab.

Pihak kelab percaya Alonso mampu untuk menggalasa tugasnya dengan baik walau beliau masih kurang pengalaman sebagai pengurus.

Selain Real Madrid, bekas kelab Alonso, Liverpool sendiri turut sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan mahu melantik beliau sebagai pengganti Klopp satu hari nanti.

Bukan hanya kelab, para penyokong Liverpool sendiri juga turut sangat berminat mahu melihat Alonso dilantik sebagai pengurus kelab di masa hadapan.

Para penyokong Liverpool sememangnya sangat mengagumi Alonso sejak dari era beliau beraksi di Anfield lagi.

Walau bagaimanapun, harapan penyokong Liverpool untuk melihat Alonso kembali ke Anfield sebagai pengurus sepertinya sedikit sukar untuk berlaku.

Menurut laporan dari media Jerman, Suddeutsche Zeitung, Alonso mempunyai klausa khas dalam kontraknya dan ia sepertinya mengundang kekecewaan untuk penyokong Liverpool.

Ada klausa khas yang akan membenarkan beliau menyertai Real Madrid seandainya gergasi La Liga itu sanggup membayar €15 juta atau €18 juta kepada kelab.

Alonso sendiri sementara itu pernah mendedahkan yang beliau mengimpikan untuk menjadi pengurus Liverpool satu hari nanti.

Bercakap kepada talkSPORT, Alonso mendedahkan bahawa:

“Ya, sudah tentu, saya mengimpikan hal itu, tapi sebelum itu saya perlu buktikan sesuatu dan lebih bersedia.”

“Jika saya memutuskan untuk pergi ke mana-mana melanjutkan karier saya sebagai pengurus, hubungan saya, komitmen saya, semangat saya, memang ada untuk Liverpool.”

Pengurus dari Sepanyol itu turut menyatakan:

“Kenapa tak? Kita lihat saja nanti kalau kita boleh meneruskan jalan mengikut kemahuan kita nanti.”

Melihat kepada klausa tersebut, rata-rata peminat percaya yang Alonso sebenarnya sudah ada perancangan mahu meneruskan kariernya di Santiago Bernabeu satu hari nanti.

Melihat kepada hasil usaha beliau sekarang, jelas sekali para penyokong dan pimpinan Real Madrid sangat berbesar hati mahu menyambut kedatangan pengurus Bayer Leverkusen itu.

Walau bagaimanapun, masih tidak pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan, dan tak salah juga untuk penyokong Liverpool terus berharap agar Alonso akan kembali berjodoh dengan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN