‘1,000 IQ’ – Kebijaksanaan Penjaga Gol Corinthians Berjaya Nafikan Gol Kemenangan Atletico Mineiro

Penjaga gawang Corinthians, Cassio berjaya menafikan gol pasukan lawan hasil dari pengatahuan bola sepak nya yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pengatahuan Cassio tentang peraturan bola sepak tidak boleh dipertikaikan lagi selepas beliau membuktikan hal itu ketika aksi pertemuan bertemu Atletico Mineiro kemarin.

Tindakan beliau membiarkan saja bola dari sepakan percuma tak langsung masuk ke gawangnya menyebabkan gol itu tidak dikira oleh pengadil perlawanan.

Pada minit ke-74 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Sao Paulo itu, pengadil perlawanan, Braulio da Silva Machado telah menghentikan permainan dan menghadiahkan sepakan percuma tak langsung kepada pasukan pelawat.

Ribuan penyokong di dalam stadium jelas sekali sangat bimbang melihat hal tersebut, terutama selepas mereka melihat gol penyamaan yang dijaringkan oleh Paulinho beberapa minit sebelum itu.

Sebilangan besar penyokong di stadium terperanjat selepas melihat tindakan penjaga gol mereka sekadar membenarkan saja bola dari sudut sepakan percuma itu menerjah ke jaring gawang golnya.

Penjaga gol yang sudah membuat lebih dari 400 penampilan bersama Corinthians itu sengaja membiarkan bola terus masuk ke gawang golnya kerana beliau ada alasan tersendiri.

Pemain berpengalaman itu sedar andai beliau menyentuh bola tersebut, maka ia akan dianggap sebagai jaringan dan andai beliau tidak menyentuh bola itu maka gol tersebut tidak akan dikira.

Kerana sedar akan hal tersebut dan tahu tentang peraturan bola sepak, maka beliau memilih untuk mengelak dari bola dan membiarkan saja ia menerjah jaring gawang golnya.

Menurut buku peraturan permainan bola sepak yang dikeluarkan oleh FIFA, seandainya bola dari sepakan percuma tak langsung terus masuk ke gawang pasukan lawan, maka ia tidak akan dikira dan sepakan gol akan diberikan.

Tak ramai pemain yang sedar tentang peraturan tersebut dan kerana itulah hal seperti ini sangat jarang untuk dilihat berlaku dalam perlawanan kompetetif.

Peminat di media sosial turut terkejut melihat hal tersebut dan rata-rata dari mereka sangat-sangat mengagumi cara pemikiran penjaga gol itu.

“Ini boleh dianggap sebagai gerakan atau taktik yang paling cool dalam sejarah dunia bola sepak.”

“Dia sebenarnya boleh tangkap saja bola itu dan tak perlu lakukan ini, tapi ini strategi dia untuk tunjukkan dia tahu peraturan dan mahu bagi gangguan pada mental pasukan lawan.”

“Apa yang paling menarik tentang hal ini adalah, memang tak perlu sama sekali untuk seseorang penjaga gol melakukan hal itu dan dia buat secara spontan, itu bermaksud peraturan ini memang ada dalam kepala dia, memang tak ada alasan lain.”

“Keyakinan dia memang menakjubkan, sungguh luar biasa dahsyat, melihat hal ini sudah cukup untuk faham yang dia bukan pemain biasa-biasa.”

“Di usia saya 40 tahun, ini pertama kali saya melihat hal seperti ini. Kalau dia tak buat begini saya sendiri tak tahu tentang peraturan ini.”

Pengurus Corinthians, Mano Menezes juga dilihat turut terpegun melihat hal itu dengan beliau juga sepertinya terlupa tentang peraturan itu.

Pengurus berusia 61 tahun itu dilihat menggosok-gosok dadanya selepas melihat pengadil perlawanan memberikan sepakan gol kepada Corinthians.

Jika pengurus sendiri seolah-olah tak tahu tentang peraturan itu, maka harus diakui lah kemampuan pemikiran Cassio memang sungguh luar biasa menakjubkan.

Kehebatan beliau itu juga secara tak langsung membantu Corinthians dari tewas dalam perlawanan tersebut, seterusnya membawa pulang satu mata berharga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN